PalestinUncategorized

Jus buah terbaik di dunia…

Perjalanan melalui padang pasir selepas beberapa hari berkhidmat di wilayah Gaza yang dikepung ini amat memenatkan. Namun di sana terdapat seribu satu macam kepuasan setelah saya berjaya masuk ke Gaza buat kali pertama selepas 2 percubaan sebelumnya berakhir dengan kisah-kisah duka.

Sebelum berangkat pulang ke Malaysia daripada Gaza, saya sempat bermalam di ibu kota negara Mesir, Cairo.

Mesir turut dikenali sebagai negara seribu menara kerana dipenuhi dengan banyak masjid yang sentiasa diimarahkan dengan laungan azan yang merdu dan dimeriahkan dengan solat berjamaah pada setiap waktu.

Seusai mengerjakan solat subuh di Masjid Salam di Madinah Nasr Cairo, saya mengambil kesempatan singgah di Kedai at Tauheed (kedai jus buah-buahan segar) bagi menikmati jus buah yang sangat lazat. Bahkan sudah menjadi kelaziman saya untuk singgah di Kedai at tauheed ini pada setiap kali saya ke Cairo.

Dengan harga 3 pound atau pun RM 1.50 segelas (walaupun harganya hanya 2 pound sebelum Revolusi Mesir tahun lepas) jus manggo yang segar lagi dingin akan menyegarkan peminumnya yang dahaga dan keletihan. Ya, ianya sangat istimewa…melebihi syai adni (di Irbid, Jordan) dan ‘moya qalil syai quais’ (di Madinah)

Setelah berkelana di lebih 20 buah negara, saya kira tidaklah berlebih-lebihan dengan mengatakan bahawa aseer manggo segar at tauheed adalah jus buah segar yang terbaik di dunia.

Insya allah, saya akan sambung semula kisah Gaza dan Palestin…

Foto kenangan bersama Sdr Faiz Lee dan Sdr Mohamad A.D
Madinah Nasr, Cairo 19hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close