Didiklah Anak-Anak Lelaki Dengan Masjid

Masjid dan cara mendidik anak lelaki…

Salah satu perkara yang penting dalam pendidikan anak-anak lelaki adalah dengan membiasakan mereka dengan masjid sehingga masjid menjadi sebahagian daripada resepi kehidupan dan pendewasaannya.

Masjid mengajar anak lelaki agar :

1-Berdisiplin dalam hidupnya
2-Mengatur kehidupan seharian dengan solat 5 waktu secara berjamaah setiap hari.
3-Melatih bersosial dengan masyarakat sekeliling terutamanya dengan pak cik dan ‘atuk’ yang lebih dewasa.
4-Membiasakan diri anak-anak ini berjinak dengan al-Quran dan cinta untuk menghafaznya sekurang-kurangnya surah-surah utama al-Quran.
5-Merasai ketenangan beriktikaf dan tidak segera keluar masjid untuk berlegar-legar di medan fantasi.
6-Menyuburkan jiwa yang bercita-cita besar untuk membawa perubahan dalam masyarakat.

Masjid An Nur ini sangat dekat dengan hatiku

~ Itulah di antara intipati didikan arwah abah yang telah mendidikku dengan pelbagai perkara melalui masjid sehinggakan masjid yang bersejarah ini sangat memberi kesan kepada keperibadian dan kehidupan sehingga ke saat ini.

~ Zainur Rashid Z

Ikuti catatan perkongsian di Telegram, Blog & Facebook

• Telegram : t.me/zainurrashid
• Blog : zainurrashid.com
• Facebook : fb.me/ProfDrZainurRashid