TazkirahTokoh

Hamba Yang Mencatat Sejarah Yang Hebat

~ Keislaman dan Penderitaan Bilal Bin Rabah

Sayyidina Bilal Bin Rabah radiallahuโ€™anhu adalah seorang sahabat yang masyhur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi di Madinah. Pada mulanya, beliau adalah seorang hamba kepada seorang kafir, kemudian beliau telah memeluk Islam. Oleh sebab itu, beliau telah disiksa dengan pelbagai cara.

  • Umayyah Bin Khalaf yang merupakan musuh Islam yang ketat telah membaringkan Bilal secara telentang di atas pasir yang panas membakar sambil dijemur kepada matahari di musim panas (Suhu di Madinah biasanya 45โ€™C, atau lebih lagi). Dia juga meletakkan batu yang besar ke atas dada Bilal supaya beliau tidak dapat bergerak. Dia berkata,โ€ Matilah kamu dalam keadaan ini. Jika kamu mahu hidup, tinggalkan Islamโ€™.

Namun dalam keadaan itu pun, Bilal masih berkata,โ€Ahad ! Ahad!โ€, yang membawa maksud hanya Allah Tuhan yang satu yang layak disembah.

  • Di malam hari, Bilal diikat dengan rantai dan disebat degan cemeti. Di siang hari esoknya, beliau akan dibaringkan di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu bertambah teruk agar beliau meninggalkan Islam kerana tidak dapat menanggung penderitaan itu atau pun mati tersiksa.

Abu Jahal dan Umayyah Bin Khalaf serta ramai yang lain bergilir-gilir menyiksa beliau. Setiap daripada mereka akan berusaha menyiksa beliau sehingga mereka akan keletihan.

  • Bilal juga telah disiksa dengan sekeras-keras ujian lain. Bliau pernah diserahkan kepada budak-budak nakal untuk disiksa dan diarak di sekeliling Madinah tetapi beliau hanya bertahan dengan berkata,โ€œAhad ! Ahad !โ€.

Saidina Abu Bakar radiallahuโ€™anhu yang mengetahui dan melihat Bilal yang disiksa telah membeli dan membebaskan Bilal.

Orang Arab Jahiliyyah adalah penyembah berhala dan percaya bahawa berhala juga adalah maโ€™bud (tuhan yang disembah). Islam menentang amalan mensyirikkan Allah atau bertuhankan kepada tuhan atau tuhan-tuhan selain daripadaNya dan mengajarkan Tauhid.

Inilah gambaran cinta dan rindu Bilal kepada Allah SWT sehingga beliau tabah berhadapan dengan ujian dan siksaan yang sangat luar biasa untuk dilalui oleh manusia kebanyakankan. Hebat sungguh keimanan Bilal Bin Rabah.

Kehebatan yang ada pada Bilal menyebabkan beliau telah dilantik menjadi juru azan di Masjid Nabawi, Madinah. Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada Bilal sama ada ketika bermukim mahu pun ketika bermusafir.

Setelah Nabi SAW wafat, sukar lagi berat hatinya untuk beliau terus tinggal di Madinah dengan melihat tempat Baginda yang telah kosong. Beliau bertekad untuk menghabiskan saki baki hidupnya dengan jihad. Lantaran itu beliau keluar untuk menyertai jihad dan tidak pulang ke Madinah untuk satu tempoh yang lama.

Satu perjalanan jauh melebihi 1,4000 km

Pada suatu malam, Bilal telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Baginda telah bertanya,โ€ Bilal ! Apakah yang menyebabkan engkau tidak pernah datang kepadaku?โ€.

Setelah terjaga dari tidur, Bilal terus pergi ke Madinah. Saidina Hassan dan Husain, cucu Rasulullah SAW telah memohon agar beliau melaungkan azan. Permintaan daripada kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah satu perkara yang boleh ditolak. Beliau pun mula melaungkan azan sepeti di zaman Nabi SAW.

Maqam Bilal Bin Rabah di Damsyik, Syria

Sebaik sahaja suara beliau sampai ke pendengaran penduduk kota Madinah, maka berhamburanlah air mata mereka, sehingga para wanita pun keluar dari rumah masing-masing dalam keadaan menangis. Setelah beberapa hari di Madinah, beliau pun pulang dan meninggal dunia pada tahun 20 hijrah di Damsyik, Syria.

Masyallah ! Hebatnya keimanan Bilal, seorang hamba yang mulia yang telah melalui pelbagai ujian dan siksaan yang dahsyat kerana cintanya kepada Allah dan Rasulullah SAW dan mengabdikan keseluruhan hidupnya untuk memertabatkan agama yang mulia ini.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Bilal Bin Rabah merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang telah diberikan jaminan syurga tatkala beliau masih lagi hidup.

Dari Abu Hurairahย bahwa Rasulullahย Saw.berkata kepada Bilal,

โ€œWahai Bilal, ceritakanlah kepadaku tentang satu amalan yang engkau lakukan di dalam Islam yang paling engkau harapkan pahalanya, karena aku mendengar suara kedua sandalmu di syurga.โ€ Bilal menjawab, โ€œTidak ada amal yang aku lakukan yang paling aku harapkan pahalanya daripada aku bersuci pada waktu malam atau siang pasti aku melakukan shalat dengan wudhu tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan untukku.โ€

(Muttafaqun โ€˜alaih. Lafal hadits ini adalah milik Bukhari) [HR. Bukhari, no. 443 dan Muslim, no. 715].

Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar !

Bacaan lanjut :

Kelebihan Melaungkan Azan :

Banyak hadith-hadith Rasulullah SAW yang menjelaskan keutamaan azan dan orang yang mengumandangkannya.

  • Pahala orang yang mengumandangkan azan adalah begitu besar. Rasulullah SAW pernah menyebutkan, jika semua orang mengetahui besarnya pahala mengumandangkan azan, niscaya mereka akan berebut agar dapat jatah mengumandangkan azan meskipun dengan berbagai cara.

Hal ini disebutkan Imam Bukhari dan Muslim dalam sebuah hadith :

ย ู„ูŽูˆู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู…ูŽุง ููู‰ ุงู„ู†ู‘ูุฏูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽูู‘ู ุงู„ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฌูุฏููˆุง ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽู‡ูู…ููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู„ุงูŽุณู’ุชูŽู‡ูŽู…ููˆุง

Maksudnya, โ€œSeandainya orang-orang mengetahui pahala yang terkandung pada azan dan shaf pertama, kemudian mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali dengan cara mengadakan undian atasnya, niscaya mereka akan melakukan undian,โ€ (HR Bukhari dan Muslim).

  • Dijanjikan ampunan oleh Allah SWT. Salah satu janji Allah bagi seorang muadzin adalah ia akan dimintakan ampun oleh seluruh benda yang ada di bumi.

ย ุงู„ู’ู…ูุคูŽุฐู‘ูู†ู ูŠูุบู’ููŽุฑู ู„ูŽู‡ู ุจูู…ูŽุฏู‘ู ุตูŽูˆู’ุชูู‡ู ูˆูŽูŠูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ู„ูŽู‡ู ูƒูู„ู‘ู ุฑูŽุทู’ุจู ูˆูŽูŠูŽุงุจูุณู

Maksudnya,โ€œMuadzin diampuni sejauh jangkauan azannya. Seluruh benda yang basah maupun yang kering yang mendengar azannya memohonkan ampunan untuknya,โ€ (HR Ahmad).

  • Seluruh benda yang mendengar azan siap menjadi saksi bagi seorang muadzin di Hari Kiamat nanti. Hal ini diungkapkan Abu Ya’lam dalam sebuah hadith bahawa seluruh jin, manusia, batu, bahkan pohon akan menjadi saksi bagi muadzin di Hari Kiamat.

ย ู„ุง ูŠูŽุณู’ู…ูŽุนู ุตูŽูˆู’ุชูŽู‡ู ุฌูู†ู‘ูŒ ูˆูŽู„ุง ุฅูู†ู’ุณูŒ ูˆูŽู„ุง ุญูŽุฌูŽุฑูŒ ูˆูŽู„ุง ุดูŽุฌูŽุฑูŒ ุฅูู„ุง ุดูŽู‡ูุฏูŽ ู„ูŽู‡ู

Maksud,โ€œTidaklah azan didengar oleh jin, manusia, batu dan pohon kecuali mereka akan bersaksi untuknya,โ€ (HR. Abu Yaโ€™la).

Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah juga dijelaskan hadits yang sama.

ย ู„ูŽุง ูŠูŽุณู’ู…ูŽุนู ุตูŽูˆู’ุชูŽู‡ู ุดูŽุฌูŽุฑูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ู…ูŽุฏูŽุฑูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุญูŽุฌูŽุฑูŒ ูˆูŽู„ุง ุฌูู†ู‘ูŒ ูˆูŽู„ุง ุฅูู†ู’ุณูŒ ุฅูู„ุง ุดูŽู‡ูุฏูŽ ู„ูŽู‡ู

Maksud, โ€œTidaklah suara azan didengar oleh pohon, lumpur, baru, jin dan manusia, kecuali mereka akan bersaksi untuknya,โ€ (HR Ibnu Khuzaimah).

  • Rasulullah SAW mendoakan seluruh orang yang melaungkan azan. Dalam hadits riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah SAW secara khusus meminta ampunan untuk muadzin.

ย ููŽุฃูŽุฑู’ุดูŽุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽุฆูู…ู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽ ุบูŽููŽุฑูŽ ู„ูู„ู’ู…ูุคูŽุฐู‘ููŠู’ู†ูŽ

Maksudnya, โ€œSemoga Allah meluruskan para imam dan mengampuni para muadzinโ€ (HR. Ibnu Hibban).

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close