AntarabangsaTokoh

Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia

Adnan Menderes - Perdana Menteri Turki yang syahid digantung

Ali Adnan Ertekin Menderes merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Beliau merupakan seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti pembangkang legal yang ke-4 di Turki. Adnan Menderes menjawat jawatan Perdana Menteri Turki di antara tahun 1950 sehingga ke 1960.

Adnan Menderes dilahirkan pada 1899 di dipenghujung era Daulah Uthmaniyah. Ayahnya merupakan seorang tuan tanah di Aydin,Turki. Setelah menamatkan pengajian rendahnya, Beliau menyambung pengajian menengahnya di American College di Izmir, Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian tinggi dan lulus sebagai graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University.

Kemal Ataturk – Pemimpin sekular Turki yang telah menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah

Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.

Namun begitu Adnan Menderes telah disingkirkan daripada RPP pada tahun 1945 kerana sikap tegasnya yang menentang polisi Atatürk. Beliau kemudiannya menubuhkan Democrat Party (DP) bersama rakan-rakannya setelah Turki memperkenalkan sistem berpolitik yang lebih terbuka dengan kepelbagaian parti politik yang berdaftar.

Adnan Menderes – Perdana Menteri Turki 1950 – 1960

Democrat Party menang pada PRU terbuka pada tahun 1950 dan Adnan Menderes telah dilantik menjadi PM selama 10 tahun dengan membawa banyak kemajuan kepada Turki.

Kemalangan udara

Pada 17 Februari 1959 – Penerbangan carter Vickers Viscounts 793 yang dikendalikan oleh Turkish Airlines yang membawa Perdana Menteri Turki serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain telah jatuh terhempas semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di London Gatwick Airport, akibat kabus tebal. Seramai 5 daripada 8 anak kapal dan 9 daripada 16 penumpangnya terbunuh dalam kemalangan ini; Perdana Menteri Adnan Menderes adalah antara 10 orang yang terselamat.

Semasa juruterbang pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki.

Projek Islamisasi Turki

Sebelum dan selepas dilantik menjadi Perdana Menteri, Adnan Menderes bekerja bersungguh-sungguh untuk membawa perubahan dalam budaya dan sistem kenegaraan di Turki yang pernah menjadi tapak kepimpinan Islam di dunia antarabangsa.

Kesungguhan Adnan untuk mengembalikan Turki kepada sistem yang lebih Islamik telah dibuktikan apabila beliau berjaya membawa banyak perubahan yang positif.

Masjid Sultan Ahmad, Istanbul, Turki

Di antaranya ialah:

  1. Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab (dalam bahasa Turki di zaman Ataturk)
  2. Membuka kembali ribuan masjid-masjid di seluruh negara yang telah ditutup di sepanjang era pemerintahan Atatürk
  3. Kerajaan Turki mula membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam
  4. Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan bawahan
  5. Bahkan pernah dalam ucapannya di Parlimen Turki, beliau mengatakan bahawa perundangan Islam boleh dikembalikan sekiranya majoriti ahli-ahi parlimen ingin berbuat demikian.

Dendam Musuh

Polisi beliau yang semakin popular di kalangan masyarakat awam ini juga telah turut disokong oleh Cemal Gürsel, Ketua Turus Angkatan Tentera Turki. Namun polisi ini telah ditentang sekuat-kuatnya oleh golongan sekuar di kalangan para intelek, para mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro Kemalist pada ketika itu.

Pada 27hb Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh 37 pemimpin muda tentera telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Menderes adalah di antara tokoh yang telah ditangkap.

Beliau kemudiannya telah dikenakan hukuman gantung di atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist (Mustafa Kamal Atatürk). Beliau telah digantung di Pulau Imrali, Laut Marmara pada 17 November 1961 bersama dua orang menteri kabinetnya yang lain, Fatin Rustu Zorlu dan Hasan Polatkan.

Adnan Menderes di saat beliau akan digantung

Jasanya Diiktiraf

Namun begitu, kehebatan dan kemuliaan usaha-usaha Adnan Menderes telah diiktiraf semula 29 tahun selepas beliau digantung. Bersempena dengan aniversari ke 29 tahun beliau digantung, maka pada 17 September 1990 kerajaan baru Turki yang telah dilantik secara demokrasi telah mengubah pendirian Parlimen terhadap Adnan Menderes. Parlimen dengan secara rasminya telah mengiktiraf sumbangan Adnan Menderes secara rasminya.

AAdnan Menderes University
Adnan Menderes University

Bahkan jasa-jasanya turut dikenang melalui penamaan semula pelbagai institusi seperti Adnan Menderes University di Aydin, Adnan Menderes Airport, Adnan Menderes District, Adnan Menderes Road dan sebagainya.

Daripada semangat perjuangan Adnan Menderes jugalah lahirnya pemimpin perubahan Turki yang unggul seumpama Necmettin Erbakan, Recep Tayyib Erdogan, Abdullah Gul dan ramai lagi.

Menurut Recep Erdogan, Presiden Turki, Adnan Menderes adalah salah seorang tokoh Turki yang memainkan peranan penting dalam pembangunan, penambahbaikan, dan pendemokrasian Turki. Dalam salah satu ucapannya,

“Kita masih cuba untuk mencapai impian Menderes. Mereka mungkin telah membunuhnya tetapi dia tidak dilupakan. Dia ada dalam hati kita.” – Recep Tayyip Erdogan.

 

Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia

Dr Zainur Rashid Zainuddin

 

Baca lagi :

  • Adnan Menderes – https://id.wikipedia.org/wiki/Adnan_Menderes
  • Menderes : Turkey’s 1st democratically elected premier – https://www.aa.com.tr/en/turkey/menderes-turkey-s-1st-democratically-elected-premier-/1586287
  • Five things to know about Adnan Menderes – https://www.trtworld.com/video/strait-talk/five-things-to-know-about-adnan-menderes/5b9fba4f58cd863d6876e978
  • Adnan Menderes – PM Turki yang mengembalikan azan ke bahasa Arab – https://soscili.my/adnan-menderes-turki-pm/
  • Adnan Menderes – Pejuang Islam Turki – http://silverheritage.blogspot.com/2013/06/adnan-menderes-pejuang-islam-turki.html
  • Menderes Aircraft Accident – https://www.aa.com.tr/en/europe/english-historian-recalls-menderes-aircraft-accident/1394502
Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button