Tazkirah

Mendamba cinta-Nya

Disiplinkan diri dan keluarga agar bangun di awal pagi akan menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan. Bekalan istimewa ini bisa membuahkan kekuatan dan kemanisan buat seseorang hamba yang gigih berkeringat, apatah lagi tatkala didatangi ujian dan bebanan.

“Sesungguhnya pada malam hari ada satu waktu, tidaklah seorang muslim itu memohon kepada Allah akan sesuatu kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, melainkan Allah s.w.t akan memperkenankannya. Demikian itu berlaku pada setiap malam.”

[Hadith Riwayat Muslim)

Di antara persiapan ke arahnya adalah,

1-Keazaman untuk mencontohi amalan mulia baginda ar rasul saw ini.
2-Membaca kisah tokoh dan generasi yang hebat
3-Kawal penggunaan gajet
4-Elakkan makan berat di waktu malam
5-Berwuduk sebelum tidur
6-Menyediakan masa untuk al Quran, berfikir dan bermuhasabah.
7-Elakkan tidur lewat, apatah lagi yang melibatkan pembaziran masa
8-Tingkatkan keazaman dan mengingati kelebihan bangun di awal pagi.

Di saat inilah peluang seorang hamba untuk mendekatkan diri denganNya dan menyerahkan segala pengharapan kepada Rabb Pemilik sekelian alam.

Ya Allah, kurniakanlah kami dengan penghujung kehidupan yang baik (Husnul khotimah).

Ikuti perkongsian di channel TG :

Dr Zainur Rashid Zainuddin -Peduli Ummah

https://t.me/zainurrashid

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close