Telah tibakah masanya ?
Setelah lama berkelana di perantauan terutamanya di Ireland dan UK, saya membuat keputusan untuk ‘settle down’ dengan memberikan khudmat bakti sebagai pendidik dan pengamal perubatan di Negeri Sembilan.
Di antara saat-saat yang saya paling saya nantikan setiap hari adalah untuk bertemu dengan para ‘pesakit’ dan memberikan khidmat bakti yang terbaik buat mereka.
Dalam masa yang sama, biasanya saya diiringi oleh para pelajar perubatan, para jururawat dan doktor-doktor junior.
Saya tidak pasti apa komen-komen mereka terhadap saya secara peribadi tetapi umumnya, saya ‘digeruni’ oleh para pelajar perubatan terutamanya dalam rutin pagi sesi rondaan wad setiap hari.
Foto yang dikirimkan oleh seorang professor kanan kepada saya ini mengingatkan kepada saya bahawa masa berlalu terlalu pantas.
Dalam tempoh lebih dua dekad ini, saya telah pun melalui kitaran lengkap seorang pendidik dan pengamal perubatan.
Institusi ini juga telah meng’izinkan’ saya menjejakkan kaki ke seluruh tanah air dan puluhan negara untuk memberikan khidmat bakti kemanusiaan, alhamdulillah.
Mungkin telah sampai masanya untuk saya memberikan khidmat bakti yang berfokus kepada mobilisasi insani ke arah pembinaan tamadun yang baharu.
Hidup biar berjasa, mati biar mulia