Usah Terus Beralasan Wahai Politikus !

Kematian Maut Akibat Pemandu Mabuk

Usah berikan alasan demi alasan wahai politikus !

Saban hari kita terus mendengar berita demi berita tentang kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk. Tragedi demi tragedi berlaku di seluruh negara, miski pun rakyat dan negara sedang bergelut dengan wabak COVID-19 sejak bulan Februari 2020 yang lalu.

Jumlah kematian akibat pemandu mabuk pada bulan Jan-Mei 2020 ini sahaja telah menyamai keseluruhan kes yang berlaku pada sepanjang tahun 2019.

Secara umumnya rakyat sangat kecewa dengan respon yang diberikan oleh para pemimpin politik terutamanya kerajaan yang memerintah. Alasan demi alasan diberikan termasuklah kenyataan bahawa hak minum arak adalah hak orang yang bukan Islam sentiasa dijadikan alasan, seolah-olah terpaksa tunduk kepada sesetengah pihak untuk melakukan perubahan yang lebih drastik terhadap undang-undang yang sedia ada.

Arak bukan sahaja menyebabkan kematian akibay pemandu mabuk, bahkan daripada arak juga lahirnya pelbagai kejahatan dan jenayah yang lain seperti perzinaan, rogol, penderaan ahli keluarga, penceraian dan ribuan jenis penyakit fizikal dan mental.

Arak bukan sahaja diharamkan oleh agama Islam, bahkan juga dilarang menurut agama Hindu, Buddha dan Kristian.

1.Hindu

Agama Hindu sangat menitik beratkan cara hidup seseorang yang digelarkan sebagai Pancha Seela, yang terkandung 5 jenis perbuatan yang sepatutnya dielakkan oleh pengikut cara hidup Hindu iaitu berjudi, melacurkan diri berbohong, membunuh orang lain dan meminum ARAK.

2.Budhisme

Larangan meminum arak wujud dalam Budhisme menerusi The Fifth Precept of Buddhism yang maksudnya “saya bersetuju untuk menghindarkan diri saya dari alkohol dan ARAK yang akan menyebabkan saya hilang kawalan diri”.

3.Kristian

Dalam agama Kristian juga terdapat panduan tentang larangan alkohol disebut dalam Bible. Antaranya menerusi Corinthians 5 ayat 11; ” Dan dengan ini aku berpesan jauhilah mereka yang mengaku dirinya pengikutku, tetapi dia seorang yang melakukan seks tidak bermoral, tamak, penyembah berhala, penyebar fitnah, MABUK dan penipu. Jauhilah sehingga elakkan makan dengan mereka”

Mohon YB Menteri dan para YB Ahli Parlimen ambil berat isu siri kematian rakyat Malaysia akibat pemandu mabuk yang berlaku saban hari dan minggu.

Mohon segera dibincang dan diambil tindakan seberapa segera !

Covid-19 membunuh, Arak juga membunuh dan menyebabkan pelbagai masalah fizikal, mental, ekonomi dan sosial masyarakat yang tidak mematuhi ajaran agama.

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]