Politik Tempatan

Usah Biarkan Malaysia Menjadi Wilayah ke-19 China

Perhimpunan Pejuang Negara - Amanat Tun Abdul Hamid Mohamad

~ 24 Disember 2019

Assalaamualiakum warahmaullahi wabarakaatuh dan selamat sejahtera kepada hadirin sekalian,

Apabila Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua dan sebelum British kembali semula ke Semenanjung Tanah Melayu, Pasukan Bintang Tiga telah bermaharajalela, membunuh dan menyiksa orang Melayu yang mereka tuduh bersubahat dengan Britisih. Kumpulan itu adalah nukleus yang kemudiannya menjadi Parti Kominis Malaya (PKM). Tujuan PKM adalah untuk menjadikan Malaya sebuah negara kominis ala-China.

Tidak siapa pun boleh menafikan bahawa dengan tertubuhnya negara kominis Malaya, kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, hak keistimewawaan orang Melayu dan bahasa Melayu akan terhapus. Mereka bukan berjuang untuk memerdekakan tanah air Mereka. Mereka bukan warganegara negara ini. β€œNegara ibunda” mereka adalah negara China.

Apabila British kembali, ada beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu yang lari masuk ke hutan untuk menyertai PKM. Mereka berbuat demikian semata-mata untuk menyelamatkan diri daripda ditangkap oleh British, bukan untuk menuntut kemerdekaan tanah air mereka. Mereka diperalatkan Chin Peng dan PKM untuk mendapat sokongan orang Melayu. Nasib baiklah orang Melayu tidak terpengaruh dengan mereka.Pada masa itulah anak-anak Melayu, selepas tamat sekolah Melayu, dengan semangat yang berkobar-kobar tanpa memikirkan keselamatan diri, mula menyahut seruan negara, meninggalkan kampung halaman untuk menyertai pasukan bersenjata seperti Askar Melayu, Polis Di Raja Malaysia, Security Corps (SC) dan lain-lain. Tujuan mereka adalah untuk berperang dan menghapuskan perjuangan PKM itu.

Selepas itu, anak-anak Melayu yang berpelajaran seperti tuan-tuan menyertai pasukanpasukan bersenjata negara dengan tujuan yang sama. Tuan-tuan menyertai PDRM. Bersama-sama tuan-tuan, terdapat sebilangan anak-anak muda Cina, India dan lain-lain yang turut sama menyertai PDRM untuk menjaga ketenteraman negara, termasuk daripada ancaman anggota-anggota PKM. Banyak di antara pejuang-pejuang ini terkorban dalam perjuangan dan semasa menjalankan tugas mereka, bersama-sama orang awam.Walau bagaimana pun, dengan kegigihan mereka semua, dengan kesungguhan pemerintah dan sokongan rakyat, khususnya orang Melayu, perjuangan PKM dapat dikalahkan. Penyokong-penyokong PKM dan orang-orang yang bersimpati dengannya diam seketika.

Tetapi, apabila keputusan PRU 14 memihak kepada mereka dan tertubuhnya kerajaan baru yang memberi ruang kepada mereka untuk bergerak, mereka dengan angkuh bangun semula untuk melanjutkan perjuangan mereka itu. Mereka cuba mengabui mata rakyat dengan menunjolkan pemimpin-pemimpin PKM itu sebagai pejuang
kemerdekaan. Itu adalah satu pembohongan yang amat nyata.Orang Melayu, khususnya, dan rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, amnya, hendaklah waspada akan kebangkitan semula kumpulan ini. Ancaman ini adalah lebih merbahaya daripada ancaman ICERD. Bukan sahaja orang Melayu/Islam, malah semua
rakyat Malaysia yang tidak mahu berada di bawah pemerintahan ala-kominis China, hendaklah bersatu menentang agenda kumpulan ini berhabis-habisan.

Tanah Melayu – Wilayah ke-19, Tanah Besar China?

Akhir sekali, saya ingin memperingatkan, terutama sekali orang Melayu, apa yang dikatakan oleh Arnold J Toynbee, seorang ahli sejarah British, katanya:

β€œA truly significant mark that the British Empire can leave in Malaya when she withdraws is the transformation of this country into the nineteenth province of China.”

“Tanda yang sangat ketara yang Empayar British boleh tinggalkan di Malaya apabila ia meninggalkannya ialah transformasi negara ini kepada wilayah ke sembilan belas negara China.”

Mahukah kita perkara seperti itu berlaku?

Sekian. Terima kasih.

Tun Abdul Hamid Mohamad

Mantan Ketua Hakim Negara

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

* Artikel ini diterbitkan semula dengan keizinan Yang Amat Berbahagia, Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara..

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button