Isu SemasaPolitik Tempatan

Lima Janji Muhyuddin

Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyuddin Yassin menjanjikan 5 agenda besar yang asasi yang mesti didahulukan olehnya untuk rakyat dan negara.

Cabaran yang paling besar adalah pada janji no.1 iaitu memilih menteri kabinet di kalangan mereka yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Bahkan kejayaan memenuhi janji yang ke 2 sehingga yang ke-5 itu pun sebenarnya bergantung kepada janji yang pertama, sama ada dapat dipenuhi atau pun tidak.

Perbahasan mengenai ‘Bersih dan Berintegriti’ di kalangan ahli politik di Malaysia sememangnya tidak akan pernah habis, dan mungkin sehingga hari kiamat gamaknya.

Selain daripada penasihat politik dan ekonomi, saya berpandangan bahawa TSMY dan pasukannya harus mendapatkan pandangan yang lebih dekat dan terperinci daripada ahli akademik, barisan alim ulama (non-partisan) serta pemimpin masyarakat atau NGO yang dekat dengan akar umbi rakyat marhein.

Kemungkinan cabaran terdekat kepada Tan Sri Muhyuddin selepas pemilihan menteri kabinet ialah ‘vote of no-confidence’ daripada ahli parlimen Pakatan Harapan di persidangan Dewan Rakyat yang terdekat.

Sebagai marhein, saya hanya mampu untuk mendoakan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan negara tercinta. Sebarang pergolakan besar politik yang berpanjangan hanya akan membawa kepada pembubaran parlimen, sama ada dalam tempoh tyang erdekat atau puk selewat-lewatnya sehingga tamat penggal pada 2023 kelak.

Saya harapkan semoga ia dapat dijauhi kerana rakyat adalah mangsa yang pertamayang teraniaya  dan Majlis Raja-Raja Melayu pun akan turut terheret sama dengan apa yang telah dan yang berlaku kelak.

Dr Zainur Rashid Zainddin
.

Ikuti catatan perkongsian di channel Telegram & Facebook

Telegram
t.me/zainurrashid

Facebook
fb.me/ProfDrZainurRashid

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close