DAP Seharusnya Tidak Berada Dalam Kerajaan yang Baharu

Saya kekal berpendirian bahawa DAP seharusnya tidak berada dalam kerajaan yang baharu, sama ada melalui gabungan parti yang baharu atau melalui PRU.

Ada 6 sebab utama, kenapa saya tolak kepimpinan DAP :

1-Ramai di kalangan pimpinan DAP yang mendokong agenda evangelis
2-Ada di kalangan pimpinan DAP yang terlibat dalam cubaan menghidupkan ideologi komunis
3-Beberapa pimpinan DAP disiasat PDRM berkaitan dengan militan LTTE (digugurkan oleh AG)
4-Secara jelas, pimpinan DAP memperjuangkan ICERD ( hak asasi termasuk murtad ) dan sebagainya.
5-Parti DAP ternyata mendaulatkan perjuangan kiasu, chauvinis dan anti-nasional
6-Keterlibatan taikun (RD & Jud) dalam penajaan politik.

Kesilapan terdahulu di kalangan ahli politik sendiri telah menyebabkan DAP diterima ramai termasuk di kalangan orang Melayu.

Kesilapan sebahagian orang politik yang terlibat dengan rasuah juga menjadi punca mereka ditolak. Jadi bersihkan saf daripada mereka yang mempunyai rekod yang buruk.

Harapan saya, ‘kerajaan baharu tanpa DAP’ atau ‘bubar parlimen’ dan biar rakyat memilih semula.

Saya berhasrat dan berdoa agar para pemimpin dan keseluruhan umat ini agat gigih berkeringat untuk memupuk perpaduan yang berasaskan aqidah, bekerja untuk memertabatkan agama dan masa depan rakyat dan negara.

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat