Tiada Putus Asa Dalam Kehidupan Mereka…

Nelayan Gaza yang gigih berjuang

Saya masih belum melupai pengalaman ketika berpagi-pagian bersama para nelayan di persisiran pantai Gaza baru-baru ini. Di sepanjang tempoh tersebut, tidak pula kelihatan reaksi sedih dan menangis, tidak kedengaran suara menjerit-jerit, tidak kelihatan juga aksi-aksi ganas mahu pun aksi-aksi lemah sebagai tanda putus asa sekali pun mereka telah dizalimi oleh regim Zionis Israel buat sekian lamanya.

Walau pun lebih banyak kelihatan sampan-sampan yang tersadai di pantai kerana ketiadaan bekalan petrol sejak lebih 3 bulan sebelumnya, mereka tetap kelihatan bersemangat ketika ditindas selama ini.

Mereka yang memperolehi bekalan petrol akan tetap turun ke laut bagi menangkap ikan walaupun hanya dibenarkan menangkap ikan sejauh hanya 3 km dari pantai. Mereka tetap berani menangkap ikan walaupun kapal perang Israel jelas sentiasa mengekori dan memerhatikan mereka.

Tiada erti berundur ke belakang atau berputus asa dalam mendepani perjuangan yang perit lagi panjang ini kerana mereka terus YAKIN bahawa kemenangan daripada Allah untuk Islam dan para umatnya sudah pasti akan tiba.

Ya, Al Quds dan Palestin pasti akan bebas kembali dan diipulangkan kepada pemilik yang selayaknya.

Palestine will be free.. فلسطين سوف تتحرر