Palestin

Terowong-terowong di Gaza….

Misi Kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza

Ketika saya dibawa melawat oleh kenalan saya yang bernama Mutasem Mansour (MM) di sempadan Rafah (Rafah Mesir – Rafah Palestin), kelihatan banyak lori-lori besar yang berulang alik ke kawasan berdebu yang dipenuhi oleh puluhan khemah-khemah seumpama sedang digunakan untuk pembinaan sesuatu projek.

Dr Z : Apa yang dibawa oleh lori-lori tersebut ?

MM : Bahan-bahan untuk pembinaan seperti simen dan batu-batu

Dr Z: Dari mana bahan-bahan ini dibawa ?

MM : Ada dari Mesir, ada dari Turki dan pelbagai negara lain

Dr Z: Barang-barang ni dibawa melalui terowong ke ?

MM : Kalau dah tahu, kenapa bertanya pula heh3x

Dr Z: Berapa banyak terowong yang ada antara Rafah Mesir dan Palestin ini ?

MM : Tak tau jumlah yang tepat, mungkin antara 700 – 1000 buah.
Sebanyak 512 buah terowong memang aktif digunakan.

Dr Z: Subhanallah, rahsia yang tidak lagi rahsia….

MM : Apa lagi pilihan yang kami ada setelah ketat dikepung selama lebih 5 tahun ?

Ya, sememangnya banyak terowong-terowong yang dibina yang bertindak sebagai talian hayat yang menghubungkan Rafah, Mesir dengan Rafah, Gaza.

Terowong-terowong tersebut juga mempunyai klasifikasi yang tertentu seperti terowong bisnes, terowong binatang, terowong minyak, terowong ziarah, terowong bekalan makanan dan lain-lain lagi. Bahkan kereta yang diimport ke Gaza juga dibawa melalui terowong.

Setelah lebih 5 tahun Gaza disekat ketat di sempadan darat, laut dan udara, maka talian hayat seumpama ini adalah satu keperuan yang begitu bermakna sekali.

Apa pilihan yang mereka ada walaupun keperitan ini telah berlaku buat sekian lama?

Apa pilihan yang mereka ada sekali pun kepedihan ini tersebar hampir ke seantero dunia.

Namun ahli Gaza tersohor dengan kesabaran dan kecekalannya buat sekian lama. Ketabahannya juga mempastikan ahli Gaza terus beristiqamah mendepani kepayahan demi kemenangan yang diyakini semakin tiba.

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close