Palestin

Tasik Galilee Dan Akhir Zaman

Saya memulakan berpagi-pagian hari ini dengan bersolat subuh secara berjamaah di masjid. Sebaik sahaja pulang ke rumah, saya menerima satu mesej yang agak mengejutkan daripada anakanda sulung, Zahra’ yang sedang belajar di Jordan.

Beliau berkongsikan beberapa keping foto yang sangat bermakna buat pengkaji isu Palestin dan pencinta perjuangan umat ini. Saya telah mencuba beberapa kali untuk sampai ke kawasan ini bersama sahabat pengiring di kalangan pakar sejarah Palestin (Jordanian) tetapi telah dihalang oleh tentera Jordan yang menjaga sempadan Jordan- Israel-Syria ini.

Foto yang diambil ini dari jarak dekat ini adalah foto Tasik Galilee yang terletak di utara Palestin. Namun wilayah ini telah pun dijajah oleh Israel bermula tahun 1967 lagi.

Tasik Galilee ini juga dipanggil “Lake of Gennesaret” dan ada juga yang memanggilnya sebagai Laut Tiberia. Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah. Dengan paras kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah tasik yang kedua paling rendah di muka Bumi.

Laut Mati pula (sempadan Jordan-Israel sekarang) adalah sebuah tasik air masin yang paling rendah di bawah paras laut di muka bumi ini.
Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai ‘sejarah’ yang tersendiri.

Yang menjadi perbahasan beberapa pihak mengenai beberapa hadith fitan di akhir zaman ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Galilee atau laut Tiberia ini. Fenomena ini dikatakan akan berlaku di era Dajal.

Tasik Galilee adalah sumber air bersih yang amat penting bagi penduduk Palestin dan kini telah digunakan secara intensif oleh para pendatang Israel yang menguasai kawasan ini. Di zaman Dajal, air tasik ini akan semakin surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan.

Para saintis dan environmentalis Israel telah membuat kajian yang banyak mengenai realiti terkini Tasik Galilee dan telah melakukan pelbagai usaha bagi mempastikan agar tasik ini tidak terus mengering namun semua usaha mereka telah gagal….

Teruskan mengkaji….

(Foto – kredit kepada anakanda di Yarmouk,Jordan. 30hb Mei 2012)

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close