Palestin

Tahniah kepada rakyat Malaysia…

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Kami delegasi MK-8 Aman Palestin ke Gaza ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan badan-badan berkanun yang telah menyumbang dengan penuh rasa pemurah sehingga terlaksananya beberapa projek kemanusiaan bagi membantu saudara seaqidah di Gaza.

Foto kenangan bersama wakil Kementerian Dalam Negeri Palestin, Kementerian Penduduk Tempatan dan Jabatan Akauntan Negara selepas Majlis Penyerahan Rasmi Generator Elektrik di Kompleks Kerajaan yang berharga RM 800,000 untuk kegunaan 6 buah kementerian dan agensi kerajaan di Gaza.

Pejabat-pejabat kementerian yang turut mengalami catuan elektrik dengan maksimum bekalan selama hanya 6 jam sehari, kini telah mampu beroperasi ke tahap yang lebih baik semenjak kepungan Gaza selama lebih 6 tahun yang lalu.

Semoga usaha yang mulia ini akan diberkati Allah dan bakal memberikan sedikit lonjakan baru buat saudara kita yang dizalimi.

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close