Palestin

Polis mesra ummah terbaik….

Satu perkara yang saya kira perlu dipelajari oleh mana-mana pasukan polis di negara-negara Islam ialah model Polis Mesra Ummah di Gaza.

Tanpa ragu, saya meyakini bahawa Polis (syurtoh) di Gaza adalah Pasukan Polis Mesra Ummah yang terbaik di dunia Islam. Sekiranya anda berpeluang untuk ke Gaza, jelas kelihatan beberapa perkara yang dimiliki oleh Polis Gaza secara menyeluruh :

1-Mendahulukan salam
2-Mudah senyum
3-Ringan tulang untuk membantu
4-Menjaga solat berjamaah
5-Teladan yang baik

Juga, saya tidak pernah melihat seorang pun di kalangan Polis di Gaza yang merokok.

Bahkan anda akan merasakan kehangatan ‘ukhuwah’ Polis Mesra Ummah Gaza sebagaimana anda berdakapan dengan sahabat anda di dalam ‘bulatan gembira’ atau ‘bulatan juang’.

Tentunya mereka adalah generasi polis model yang sangat cemerlang khususnya buat pasukan Polis Malaysia, Polis Mesir, Polis Arab Saudi, Polis Pakistan dan lain-lain lagi….

MK-8 AP ke Gaza, 18hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close