Palestin

Polis Gaza Yang Berbeza

Polis di Gaza…

Selepas mengerjakan solat subuh secara berjamaah si sebuah masjid di Gaza, kami bergerak ke pasar ikan yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Gaza.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan larian bersemangat oleh sekumpulan anak muda yang berseragam sukan berwarna biru yang melaungkan doa-doa dan moto perjuangan dengan begitu bersemangat sekali.

Apabila ditanya kepada teman pengiring (penduduk tempatan), rupa-rupanya mereka adalah pelatih pasukan keselamatan Gaza (pelatih Polis). Mereka akan menjalani latihan fizikal secara intensif setiap hari dengan latihan perjuangan islam selepas kesemua mereka mengerjakan solat subuh secara berjamaah.

ahaa…itu dia. Solat subuh secara berjamaah dan latihan fizikal bersama moto perjuangan Islam adalah sebahagian daripada rutin harian kepada semua pelatih Polis di Gaza.

MK-8 AP ke Gaza, 15hb April 2012. Gaza, Palestin

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button