Palestin

Pewaris as Syahid Sheikh Ahmad Yassin

Misi Kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza

As Syahid Sheikh Ahmad Yassin adalah nama yang sentiasa berada di bibir masyarakat Palestin dan pencinta kemuliaan perjuangan pembebasan Palestin.

Nama dan gambarnya kelihatan di sana sini lantaran beliau begitu popular dan menjadi ikon masyarakat Gaza dan Palestin serta ramai di kalangan umat Islam antarabangsa.

Alhamdulillah, saya bersama teman delegasi berpeluang meziarahi masjid tempat beliau mengerjakan solat subuh dan lokasi beliau ditembak oleh helikopter Apache Israel pada 22hb Mac 2004 sekembaliannya daripada masjid tersebut.

Kami juga berkesempatan melihat rumah as Syahid dan disambut gembira oleh anak lelakinya yang bernama Sheikh Abdul Ghani dan juga cucu lelakinya.

Bukan sahaja rupa parasnya sangat menyerupai as Syahid Sheikh Ahmad Yassin suaranya juga akan mengingatkan kita kepada ayahnya yang merupakan pengasas kepada Pergerakan HAMAS.

Rumah as Syahid kini dijadikan muzium bagi memperingati sejarah perjuangannya dan Sheikh Abdul gani menjadikannya sebagai pusat khidmat masyarakat bagi meneruskan kerja-kerja yang amal yang begitu dititik-beratkan oleh As Syahid Sheikh Ahmad Yassin.

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

(Surah al Imran – 169)

Telah bersabda Rasulullah yang bermaksud:

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button