Penduduk Gaza Kekal Ceria

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Kekal ceria….

Seusai solat subuh secara berjamaah di sebuah masjid di Gaza, kami didekati oleh beberapa orang pak cik penduduk tempatan. Dengan penuh mesra masing-masing terus memperkenalkan diri mereka iaitu pak cik Jawwad, pak cik Kamal dan pak cik Jamal.

Tanpa bertaaruf panjang, mereka meminta agar kami memiilih salah seorang daripada kalangan peserta misi ke Gaza daripada Malaysia kali ini supaya mengimami mereka bersolat subuh untuk subuh esok hari.

Subhanallah…. siapalah kita jika dibandingkan dengan mereka yang telah dan sedang diuji buat sekian lamanya.

Jelas daripada raut wajah masing-masing tanda keceriaan walau pun mereka telah dizalimi oleh penjajah zionis dan sekutu-sekutu yang telh bersekongkol dengannya buat sekian lama.

Nereka terus meletakkan harapan kepada Allah swt, malahan teguh keyakinannya bahawa mereka akan kembali menang.

Walau pun majoriti di kalangan mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan kesan-kesan sekatan Gaza berlaku di hampir seluruh aspek kehidupan seharian, namun tidak kelihatan seorang pun peminta sedekah di kalangan 1.7 penduduk di sini.

Hampir tidak kelihatan polis di keseluruhan kawasan yang telah dilawati di sepanjang 2 hari kami di Gaza kali ini. Kebanyakan masyarakat tempatan hidup tenang walau pun seluruh dunia sibuk membicarakan tentang kegawatan yang berlaku di bumi Barokah ini.

Budi bahasanya tetap mesra dan keyakinannya diletakkan kepada Allah Azzawajalla. Ternyata bahawa rakyat kebanyakan mereka adalah manusia istimewa yang telah dididik dengan Islam serta berpegang dengan kehidupan yang berprinsip.

MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012. Gaza, Palestin