Palestin

Pejuang Syahid Yang Hidup…

Misi Kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza

Satu kisah yang cukup menarik untuk saya kongsikan ialah mengenai cerita seorang pejuang perindu syahid Palestin yang bernama Abu Imad Soleh Uthman.

Beliau boleh dianggap sebagi pejuang syahid yang masih hidup. Abu Imad, kini 41 tahun telah diamanahkan untuk mengadakan operasi syahid bagi memberikan tekanan supaya Israel melepaskan Sheikh Ahmad Yassin yang disiksa ketika merengkok di dalam penjara Israel.

Beliau dan 2 orang sahabatnya telah melakukan operasi istyishad yang pertama di Israel (Palestin-1948) pada tahun 1993 kepada hampir 100 orang ‘tentera’ penjajah Israel yang sedang menaiki sebuah bas panjang berdekatan Jerusalem.

Letupan yang dahsyat telah mengakibat 26 orang penjajah Israel terbunuh. Manakala 2 orang rakannya yang lain telah terkorban syahid.

Ditakdirkan Allah bahawa beliau tidak terkorban tetapi telah mengalami cedera parah dan telah ditahan serta dimasukkan ke dalam unit ICU di sebuah hospital di Israel. Beliau tidak sedarkan diri selama 50 hari walau pun dilakukan pelbagai ikhtiar oleh tentera bagi mendapatkan maklumat daripadanya.

Beliau hanya sedar sekali sepanjang tempoh tahanan di hospital tersebut dan sebuah kalimah yang diungkapkan beliau hanyalah “Allahu Akbar” dan selepas itu Allah telah menidurkannya semula.

Pihak tentera Israel telah putus asa apabila diberitahu oleh pakar-pakar perubatan bahawa Abu Imad tiada peluang untuk hidup lagi. Beliau kemudiannya telah diseksa oleh pihak Zionis dengan meletakkannya di Padang Pasir Najav pada musim panas di bulan Julai 1993 yang panasnya melebihi 45’C.

Namun Allah Maha Kuasa walau pun pihak Zionis beranggapan Imad tidak boleh hidup lagi di gurun yang panas tersebut.

Sebaik sahaja beliau sedar daripada komanya, beliau telah pun telah berada di Gaza dan Alhamdulillah sehingga kini Abu Imad masih hidup walaupun mengalami kecacatan lumpuh anggota kaki dan tangan kanannya.

Beliau berpesan kepada kami delegasi kemanusiaan dari Malaysia ke Gaza dengan 3 pesanan iaitu :

1-Kita hendaklah hidup dengan mencari keredhaan Allah kerana padanya terletak sebesar-besar kemuliaan
2-Kita mestilah hidup dengan memberi manfaat kepada Islam dan ummahnya
3-Kehidupan akan menjadi mulia apabila kita merasa sentiasa diperhatikan oleh Allah swt.

MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button