Palestin

Pejuang adalah ikon mereka…

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Rata-rata majoriti masyarakat Gaza hidup di dalam keadaan yang susah atau pun di dalam keadaan yang serba sederhana. Imej mewah adalah sesuatu yang jarang-jarang ditemui di wilayah ini.

Suasana semasa yang ada serta pendidikan daripada pimpinan masyarakat menyebabkan mereka biasa dengan hidup ‘simple’ dan tidak berkejar-kejar untuk mengumpul harta peribadi yang bertimbun-timbun.

Semangat juang untuk mendepani kezaliman penjajah serta didikan suasana sekeliling menyebabkan mereka mempunyai agenda utama yang sama atau pun yang hampir sama.

Mereka kelihatan pasrah dengan keperitan dan tabah dengan kepayahan disamping terus gigih bekerja untuk memiliki kembali kemenangan. Rata-rata mereka tetap ceria dan mudah menyebarkan salam serta senyuman. Sepanjang berkhidmat di sini, saya tidak pernah bertemu dengan seorang pun peminta sedekah di wilayah yang dikepung Israel ini.

Sebagai masyarakat yang anggotanya adalah manusia biasa, mungkin ada juga sebahagian kecil masyarakatnya yang mungkin bosan ‘menunggu’ kemenangan atau menantikan keamanan yang tidak kunjung tiba.

Namun secara umumnya, kita tidak jumpa masyarakat yang istimewa seumpama ini (di dunia luar) yang rata-ratanya memilih pemimpin pejuang dan para ulama sebagai ikon yang disayangi dan dicontohi oleh seluruh generasi dewasa dan anak-anak muda mereka.

Saya bersetuju dengan kata-kata bahawa Gaza adalah Universiti Tarbiah yang terbesar di dunia.

Zainur Rashid Zainuddin

MK-8 AP ke Gaza, 17hb April 2012 Rafah

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button