Palestin

Nenek Gaza Berjiwa Pejuang

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Nenek kami seorang pejuang….

Pertemuan dengan ratusan anak yatim di Gaza adalah antara pengalaman yang begitu menguja.

Masing-masing mempunyai kisah dan pengalaman yang tersendiri di kala rakan-rakan sebaya mereka di negara-negara yang lain masih lagi mentah ‘di dunia mereka’ yang tersendiri.

Saya kongsikan sedikit kisah kenangan bersama Zahya, 6 tahun (kanan), abangnya Mohamad, 8 tahun (tengah) dan sepupunya Ahmad, 9 tahun (kanan).

Masing-masing menjadi yatim sejak kecil kerana ayah mereka syahid kerana ditembak oleh tentera penjajah Israel dalam serangan Gaza Disember 2008. Dengan ketiadaan ibunya yang juga telah pergi, mereka kini dibesarkan oleh nenek mereka yang bernama Zahya, (kanan sekali). (Namanya sama dengan Zahya cucu kesayangannya yang berumur 6 tahun yang yatim ini).

Nenda Zahya tidak pernah rasa terbeban menjaga cucu-cucu kesayangannya yang menjadi yatim ketika mereka masih muda lagi miski pun mereka tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan kehidupan.

Apa yang menggembirakan nenda Zahya pada setiap hari ialah janji-janji Allah terhadap mereka yang membesarkan anak-anak yatim. Apatah lagi anak-anak yatim ini adalah cucunya sendiri. Dan apatah lagi anak-anak yatim ini adalah cucu-cucunya yang merupakan anak kepada para syuhada’.

Apabila saya dalami kisah nenda Zahya, beliau sebenarnya adalah ibu kepada 3 orang syuhada’. Kesemua anak lelakinya adalah pejuang al Qassam.

Anak-anak lelakinya Mohamad (30 tahun), Mahmoud (26 tahun) dan Ahmed, semuanya syahid yang ditembak mati oleh tentera Israel pada tahun 2008 yang lalu. Beliau tidak putus-putus senyum ketika bertemu kami dan raut wajahnya kekal ceria dan gembira walau pun hidup di dalam keadaan yang serba susah dan keperitan buat sekian lamanya.

Nenda Zahya sentiasa terhibur kerana memiliki anak-anak lelaki yang syahid di jalan Allah dan kegembiraan beliau hanyalah dengan mengingati janji-janji kemenangan dan habuan yang kekal dari Allah swt di akhirat kelak.

Subhanallah…nenda Zahya, anda adalah seorang pejuang sebenar !

MK-8 AP ke Gaza. 15hb April 2012. Gaza, Palestin

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close