Palestin

Perjuangan Seorang Timbalan Menteri Palestin

Misi kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza

Misi dan Visi hidup seorang Timbalan Menteri Palestin.
Saya kongsikan sedutan sebuah perbincangan…..

Dr Z : Siapa nama tuan dan berasal daripada kawasan mana?
MAB : Nama saya Mustafa al Banna dan berasal daripada kawasan ini iaitu Khan Younis, Gaza.Dr Z : Apa posisi tuan di dalam Kerajaan Palestin di GazaMAB : Saya diamanahkan sebagai Timbalan Menteri PertanianDr Z : Apa perancangan Kementerian Pertanian Palestin untuk 10 tahun yang akan datangMAB :

1-Mempastikan bekalan makanan mencukupi kepada seluruh penduduk Gaza dan tidak bergantung kepada sumber luar.

2-Menyediakan kemudahan kepada para petani dan mereka yang terlibat dengan pertanian untuk membangunkan kembali aktiviti pertanian mereka yang telah dimusnahkan oleh rejim Israel dengan sebaik mungkin serta kos yang minima.

3-Perancangan ini juga telah mengambil kira keperluan pemakanan di seluruh Gaza dan rakyat dapat memilikinya dengan harga yang berpatutan serta menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Dr Z : Apa harapan tuan kepada rakyat Malaysia?

MAB : Kami amat menghargai segala sumbangan rakyat Malaysia dan sokongan kerajaan Malaysia terhadap isu Palestin.

Dr Z : Apakah impian tuan kepada kami, umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

MAB : Semoga kita semua mengambil peduli mengenai isuPalestin ini dan harapan yang paling tinggi yang saya dambakan ialah agar kita semua dapat menunaikan solat di masjid al Aqsa setelah ianya dibebaskan.

Dr Z : Apakah cita-cita peribadi tuan ?

MAB : Saya mengimpikan syahid di jalan Allah swt.

Allah…..,Ya Allah…..

Foto kenangan bersama Mr Mustafa al Banna, Timbalan Menteri Pertanian Palestin di ladang kurma Khan Younis, Gaza.

Zainur Rashid Zainuddin

MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012

 

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close