Masa depan bersama anak muda…

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Pengalaman bersama generasi muda di Gaza adalah di antara detik-detik termanis di dalam kehidupan saya. Apa tidaknya, mereka adalah produk univrsiti kehidupan yang telah pun mengenal erti sebenar kehidupan semenjak kecil lagi.

Erti hidup adalah pada menghayati perjuangan dan setinggi-tinggi kemuliaan adalah syahid di jalan Allah swt.

Ya, mereka mungkin tertinggal di dalam aspek teknologi, kemudahan asasi dan apatah lagi kemewahan yang semakin menghantui generasi muda di dunia Islam yang lain.

Namun berada di ‘tingkatan’ yang lain dari sudut pengalaman dan kesediaan untuk memberi di atas nama islam yang disanjung tinggi.

Walau pun kongkongan dan derita terus berlalu untuk tempoh yang panjang namun mereka tetap pasrah dengan erti perjuangan hidup. Apabila ditanya, masing-masing meyakini bahawa saat kemenangan itu sudah semakin tiba.

“Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” Surah As-Saff ayat 13.

MK-8 AP ke Gaza, 18hb April 2012