Palestin

Mahasiswi Berjiwa Pejuang

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Mujahidah di Gaza…

Rufaidah al Aslami adalah antara tokoh yang menjadi ikon di kalangan para pemudi di Gaza. Apa tidaknya, beliau adalah tokoh jururawat pertama di dunia (lebih awal daripada Florence Nightingle) yang telah banyak membantu Rasulullah menyediakan rawatan perubatan kepada sahabat-sahabat yang luka di medan jihad.

Semangat perjuangan yang tinggi adalah penyebab kenapa ramai paraΒ pemudi di Gaza berebut memilih bidang perubatan sebagai kerjaya mereka. Namun tempat pengajian di bidang ini begitu terhad di Gaza. Hanya 50 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan yang akan terpilih daripada puluhan ribu pelajar lepasan menengah di keseluruhan Gaza.Hanya mereka yang cemerlang yang akan terpilih dan menghafaz al Qur’an adalah kriteria pilihan pihak universiti.

Saya sempat berkongsi pengalaman dengan sekumpulan mahasiswi perubatan tahun 3 di Islamic University, Gaza (IUG) di atas jemputan Prof Omar (Deputy Dean, Faculty of Medicine, IUG) pagi tadi…

Subhanallah…mereka ternyata begitu bersemangat dan kuat sekali keinginannya untuk berjuang. Hampir separuh di kalangan mahasiswi ini telah menghafaz 30 juzuk al Qur’an.

Bagaimana dengan kita dan mahasiswa/i kita di Malaysia…?

MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012

Β 

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button