Palestin

Krisis minyak di Gaza….

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Kegawatan dan kesempitan di Gaza bukanlah suatu yang baru. Krisis bekalan bahan api seumpama petrol adalah permasalahan harian di bumi panas ini.

Sebaik sahaja kami menjejaki bumi Gaza sejak 4 hari yang lalu, kami dapati bahawa bergelap dalam kehidupan malam hari adalah perkara biasa. Bekalan elektrik dicatu sehingga kebanyakan rumah hanya dibekalkan dengan 6 jam bekalan elektrik pada setiap hari.

Ada yang menggunakan pelita, lilin dan ada sebahagian kecil yang mampu menggunakan generator kecil milik persendirian bagi menerangi kegelapan malam.

Kebanyakan nelayan telah tidak ke laut sejak sebulan yang lalu kerana tidak mempunyai bekalan petrol untuk bot-bot mereka.

Kereta, bas, lori dan motosikal yang beratur sepanjang 300-500 meter kerana menunggu giliran untuk membeli petrol di petrol station adalah perkara biasa hampir di keseluruhan kawasan di Gaza.

Walau pun harga petrol yang dibawa melalui terowong daripada Mesir (berharga RM 350 seliter) atau yang dibawa masuk dari Israel (berharga RM 7.00 seliter itu sangat mahal jika dibandingkan dengan harga pasaran di negara jiran, namun bekalan masih lagi berada ditahap kritikal.

Kepayahan dan keperitan ini telah berlaku sejak 6 tahun yang lalu tetapi ianya seolah-olah perkara yang biasa di Gaza. Mereka tidak punyai banyak pilihan melainkan terus sabar dan tabah dengan ujian yang berpanjangan ini.

Mampukah masyarakat Malaysia dan masyarakat di dunia antarabangsa melalui keadaan ini sekiranya berlaku di negara masing-masing?

Saya menjangkakan bahawa jawapannya adalah TIDAK….!

Memang kita TIDAK MAMPU untuk berhadapan dengan keperitan dan kepayahan yang berpanjanganseumpama ini !

Zainur Rashid Zainuddin
MK-8 AP ke Gaza, 17hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close