Palestin

Krisis kemanusiaan yang terhebat di abad ini….

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Bekalan elektik di Semenanjung Gaza bergantung kepada 3 sumber utama iaitu daripada

1-Daripada Israel (utara Gaza)
2-Daripada Gaza Power Generating Company – GPGC (Gaza City dan wilayah tengah)
3-Daripada Mesir untuk kawasan Rafah di Selatan.

Daripada sumber-sumber inilah Semenanjung Gaza dapat berfungsi dalam keadaan yang serba sederhana.

Kepungan menyeluruh ke atas Gaza sejak 2007 mengubah keadaan yang ada kepada sebaliknya. Sekatan bekalan elektrik ke atas Gaza dilakukan secara terancang dilakukan oleh Zionis dengan menghalang kemasukan petrol ke wilayah yang terkepung ini.

Ini diikuti pula dengan pengeboman Israel ke atas 4 daripada 6 buah transformer di pusat janakuasa Gaza (GPGC) pada tahun 2008-2009 yang melumpuhkan terus bekalan elektrik di wilayah ini.

1-Kegelapan atau ‘black-out’ bukanlah suatu perkara yang luar biasa di Gaza. Sudah menjadi lumrah bagi masyarakat di sini bergelap atau black-out selama 18 jam pada setiap hari.

2-Kesejukan yang menghampiri suhu beku di musim sejuk menyebabkan masyarakat Gaza terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kematian terutamanya di kalangan kanak-kanak, orang-orang tua dan para pesakit.

3-Ketiadaan bekalan elektrik di musim panas sejak tahun 2007 bererti mereka terpaksa meredah keperitan musim panas di Gaza sehingga 45 ‘C tanpa alat pendingin seperti kipas elektrik dan penyaman udara.

4-Sekatan bekalan elektrik di hospital menyebabkan berlakukan pembatalan pelbagai jenis rawatan dan pembedahan serta mengakibatkan unit rawatan rapi tidak boleh berfungsi dengan sewajarnya.

5-Bekalan air minum yang bergantung kepada elektrik juga sangat terhad dengan sekatan ini. Manakala bahan makanan pula tidak boleh disimpan lama kerana alat penyejuk makanan tidak boleh berfungsi tanpa bekalan elektrik.

6-Produktiviti bahan makanan daripada industri makanan dan kilang-kilang semakin merudum yang mengakibatkan kenaikan harga bahan makanan asasi seperti roti dan lain-lain.

7-Pejabat pentadbiran, sekolah, universiti dan pelbagai insitusi lain juga selalu terganggu dan sangat terkesan dengan sekatan elektrik yang berpanjangan ke atas semenanjung Gaza ini.

Pada pandangan anda, apakah solusi kepada krisis kemanusiaan yang hebat seumpama ini?

MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button