Palestin

Kita Ada Allah

Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Kita ada Allah….

Bersabar dengan penantian adalah satu yang keperluan yang besar untuk kebanyakan mereka yang ingin ke bumi Gaza ini, apatah lagi bagi penduduk yang terus bermastautin di sana.

Dalam perjalanan dari Cairo ke Gaza, kami perlu melalui 14 ‘check point’ Tentera Mesir sebelum perlu melepasi 2 fasa ‘Rafah Gate’ yang di kawal oleh Pasukan Keselamatan Mesir.

Delegasi kami ditahan tanpa diberikan penjelasan sebab-sebabnya di check point pertama selama 45 minit, kemudian selama 50 minit lagi di check point ke 3 dan kemudiannya selama setengah jam lagi samada di check point ke 6 atau ke 7 (saya tak berapa pasti).

Saya hanya membaca al Qur’an atau pun berdoa di dalam hati setiap kali kami ditahan di sepanjang perjalanan ini.

Para delegasi berasa separuh lega setelah kami berjaya melepasi 14 check point tersebut dan Rafah Gate semakin jelas kelihatan.

Namun hati saya semakin berdebar-debar apabila sampai ke ‘Rafah Gate’ ini kerana sentiasa mengenangkan peristiwa ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Gaza pada bulan Dsember 2010 dulunya.

Setelah diberitahu tidak boleh masuk pada ketika itu, saya terpaksa menunggu di luar sempadan dan terus mencuba sambil menunggu selama 5 hari di sempadan Rafah. Akhirnya barulah saya diberitahu bahawa peluang untuk saya masuk adalah mustahil dan dinasihatkan supaya pulang ke Malaysia begitu sahaja.

Ketika luka yang lama masih lagi segar dalam ingatan, kami tersangkut sekali lagi kali ini selama sejam di ‘gate’ pertama sebelum tersangkut sekali lagi pada jam 4.45 petang di ‘gate’ yang ke dua selama sejam. Jam pula telah pun menunjukkan bahawa waktu bekerja pihak keselamatan Mesir telah pun berakhir pada kebiasaannya iaitu pada pukul 5 petang.

Namun kami terus menunggu hampir sejam lagi dan saya terus berdoa di dalam hati agar misi kali ini menjadi kenyataan…..

Walau pun waktu bekerja mereka telah pun berakhir tetapi entahlah…. mungkin dengan berkat usaha, doa dan tawakkal semua maka kami diberikan peluang untuk masuk kali ini…..

Ya, kami dibenarkan masuk ke Gaza yang dikepung !

Ini adalah antara nikmat yang paling besar yang pernah saya rasai…

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar….!

Zainur Rashid Zainuddin

MK-8 AP ke Gaza, 14hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close