Keinginan Mereka Untuk Syahid….

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Seperkara yang sangat membezakan masyarakat di Gaza dengan kebanyakan umat Islam di tempat-tempat lain di dunia ialah keinginan untuk syahid di jalan Allah yang menyeluruh di kalangan mereka.

Apabila ditanya apakah cita-cita mereka di kalangan mahasiswa-mahasiswi, remaja, kakitangan kerajaan, masyarakat awam dan para menteri sekali pin, masing-masing menyatakan keinginan yang sama iaitu syahid di jalan Allah.

Begitu meluas sekali di kalangan penduduk Gaza samada tua dan apatah lagi yang muda. Tokoh-tokoh syuhada’ seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Rayyan dan lain-lain adalah ikon mereka.

Hampir setiap keluarga mempunyai ahli keluarganya yang syahid di sepanjang sejarah mereka berhadapan dengan penjajah zionis. Bahkan saya sempat bertemu dengan para ibu yang berbangga bahawa mereka mempunyai 2 atau 3 anak yang syahid di jalan Allah.

Memang benar bahawa mereka adalah masyarakat istimewa yang telah terdidik secara praktikal terhadap erti sebenar kemuliaan syahid sebagaimana maksud sabdaan Rasulullah saw,

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya: Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.

Hadith Riwayat Muslim

Foto kenangan di Maqam Syuhada di Gaza, Palestin yang turut menempatkan As Syahid Ahmad Yassin (22hb Mac 2004) dan As Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi (tepat 8 tahun 17hb April 2004).

Zainur Rashid Zainuddin