Palestin

Kehebatan Remaja Gaza

Apakah rahsia generasi muda mereka mereka ?

Alhamdulillah, dengan keizinan yang dianugerahiNya, saya berpeluang unruk ke Gaza beberapa kali. Biar pun suasana kehidupannya jelas perit akibat kepungan regim Zionis bertahun-tahun tetapi hati saya tenang dan gembira bersama dengan masyarakat yang unik ini. Mereka kekal tabah dan ceria melayan tetamu luar yang datang mengunjungi negara dan wilayah yang dijajah ini.

Saya berkesempatan untuk berinteraksi dengan masyarakat pelbagai latar belakang, khususnya di kalangan generasi remaja mereka. Walau pun terasa bahawa jiwa saya tidak sebersih mereka namun hati kecil ini mudah terusik dengan kehebatan produk tarbiah daripada keluarga dan masyarakat yang Islami di bumi Gaza.

Danaa Abu Saeed

Danaa Abu Saed, 11 tahun

Adik Danaa Binti Abu Saeed berumur 11 tahun dan tinggal bersama keluarganya yang serba sederhana di pinggiran Gaza City.

Seperti ramai rakannya yang lain pergi, beliau ke sekolah setiap pagi dan kemudian belajar al Qur’an daripada ibu bapanya. Sejak 2 tahun yang lalu ketika berumur 9 tahun, beliau mula belajar di sebuah kelas tahfiz Qur’an yang berdekatan dengan rumahnya di sebelah petang (secara part-time) selama 2 jam setiap hari sekembaliannya daripada sekolah harian di sebelah pagi.

Selain daripada bacaan tajwid dan taranumnya yang hebat, Danaa telah pun menghafaz 22 juzuk al Qur’an. Beliau dijangka akan menyertai rakan-rakannya menjadi hafizah dengan menyempurnakan 30 juzuk hafazan alQuran sebelum menjelang umurnya 12 tahun.

Danaa dan rakan-rakannya serta ahli keluarga mereka begitu berpegang teguh dengan ajaran al qur’an secara praktikal yang menjadi silibus utama pendidikan dan kehidupannya.

Walau pun Danaa dan rakan-rakan sebayanya mungkin sedikit tertinggal tanpa gajet untuk berinteraksi di media seosial melalui Facebook, Instagram dan yang seangkatannya, namun menghafaz al quran semenjak kecil adalah satu fenomena di Gaza….

Sarah Binti Ibrahim

Sarah Binti Ibrahim, 12 tahun

Secara spontan dan tanpa diduga, air mata hangat menitis deras di pipi sebaik sahaja saya mendengar bacaan al Qur’an daripada anakanda Sarah binti Ibrahim di Gaza yang baru berumur 12 tahun ini. Tajwidnya hebat dan taranumnya amat memukau.

Beliau telah menyempurnakan hafazan 30 juzuk al qur’an sebelum menyambut tarikh kelahirannya yang ke 12. Sarah ke sekolah rendah di sebelah pagi dan kemudiannya mempelajari tahfiz al Qur’an pada sebelah sesi petang. Beliau kini sedang mempelajari jenis-jenis qiraat al Qur’an. Lebih mengkagumkan lagi, Sarah juga telah menghafaz hamper 500 hadith ketika baru berumur 12 tahun.

Hidupnya serba kekurangan tanpa kemudahan asasi yang lengkap, apatah lagi kemewahan hidup dan teknologi yang dimiliki oleh anak-anak Malaysia kelas pertengahan.

Apakah rahsia dan kekuatan yang dimiliki oleh anak-anak Gaza ini ?

1-Ibu-bapa yang menginsafi erti dan nilai kehidupan.
2-Kehidupan yang serba sederhana dan jauh dari gangguan kemewahan.
3-Sistem pendidikan yang bereraskan al Qur’an
4-Suasana kejiranan, sekeliling dan persahabatan yang baik.
5-Kewujudan sistem sokongan untuk pembesaran secara Islami
6-Dibesarkan di negara yang dijajah zionis Israel, semangat juang yang tinggi subur disemai dalam jiwa sejak di awal usia lagi.

Bolehkah kita memiliki anak-anak seumpama Danaa Abu Saed dan Sarah Ibrahim?

Jawapannya…insya allah boleh !

~Dr Zainur Rashid Zainuddin

Misi Kemanusiaan ke-8 Aman Palestin ke Gaza 17hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close