Palestin

Isu Palestin Tanggungjawab Semua

Isu Palestin adalah tanggung-jawab semua…

Dengan kesibukan tugasan dakwah dan kerjaya serta menginsafi kederasan berlalunya usia, tidak tidak punyai kesempatan untuk mengenali atau bertemu dengan para artis di Tanah Air.

Tanpa dirancang, saya dipertemukan dengan beberapa orang selebriti Malaysia di Sinai Mesir dan beberapa kali kemudiannya di Gaza ketika mereka membuat rakaman dan juga kembara tarbawi di wilayah ini.

Saya kongsikan bersama mereka betapa isu dan permasalahan Masjid al Aqsa dan Palestin adalah tanggung-jawab umat Islam sejagat dan semua orang boleh memainkan peranannya yang tersendiri demi pembebasan bumi yang diberkati ini.

Para selebriti dan aktivis media pula sebenarnya mempunyai peranannya yang tersendiri bagi menyebar-luaskan kesedaran mengenai isu penting ini kepada masyarakat terutamanya secara massa di kalangan generasi muda.

Semoga Allah menerima amalan kita semua dan kita tidak tahu siapakan di antara kita yang lebih baik dan lebih diterima amalannya.

Salam perjuangan

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button