Palestin

Isu Palestin Adalah Isu Kemanusiaan Sejagat….

Misi Kemanusiaan ke Gaza

Sepanjang perjalanan di Gaza, saya sempat bertemu dengan beberapa aktivis kemanusiaan dan ‘human right’ daripada dunia luar.

Badan NGO yang paling menyerlah adalah I.H.H (Turki), Islamic Relief Agency (UK), Jamaah Khairiah (Mercy Kuwait) dan beberapa kumpulan yang lain.

Banyak juga NGO-NGO dan para aktivis yang lain yang turut memerah keringat terhadap isu sejagat ini.

Saya sempat bertemu dan bersembang-sembang dengan David Grimm bersama rakan-rakannya yang mewakili kumpulan ‘Irish In Gaza’. (lihatΒ http://irishingaza.wordpress.com/).

Mereka adalah aktivis kemanusiaan yang banyak berkorban bagi memperjuangkan hak-hak asasi rakyat Palestin terutamanya di kalangan para nelayan Gaza.

David sendiri telah berada di Gaza selama 4 bulan dan akan terus menyumbang kepada rakyat gaza yang tertindas sekurang-kurangnya untuk selama setahun. Beliau menggunakan duit simpanannya sendiri bagi menanggung kos kehidupan dan khdmat baktinya di bumi Gaza.

Adakah David dan rakan-rakannya mempunyai misi yang terselindung, wallahu’alam…. Namun itulah di antara bukti kesungguhan mereka memperjuangkan apa yang diyakininya.

Pengajaran yang penting di sini, isu Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat dan bukan sekadar isu bangsa Palestin atau isu umat Islam semata-mata.

Sebagai seorang Muslim, tentunya isu ini lebih besar dan lebih penting daripada isu kemanusiaan dan keadilan semata-mata.

Permasalahan Palestin adalah merupakan isu aqidah yang dikatakan oleh Dr Yusof al Qardhawi sebagai isu perdana umat Islam di abad ini. Bumi Palestin ini adalah bumi kiblat pertama umat, bumi Isra dan Mikraj, bumi Quds yang merupakan tanah suci Islam ke 3, bumi para nabi dan juga dikenali sebagai bumi ribat (bumi perjuangan).

MK-8 AP ke Gaza, 18hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button