Palestin

Habuan Dari Allah

Misi Kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza

Rezeki buat mereka yang berpegang kepada agamaNya.

Penduduk Gaza dihukum dengan kepungan ketat oleh Zionis Israel dari semua sempadan darat, laut dan udara.

Kawasan persisiran pantai juga semakin sempit apabila para nelayan di Gaza hanya dibenarkan menangkap ikat sekadar 3 km daripada persisiran pantai.

Hasilnya, kebanyakan mereka hanya dapat menangkap ikan sardin sebesar 2 jari dan beberapa jenis ikan yang kecil bagi menampung keperluan lebih 1.7 juta penduduk wilayah ini.

Miski pun kawasan perairan tersebut dikawal rapi dan laluan ikan ditutup oleh pasukan Navy Israel Ikan tetapi ketentuan Allah melebihi segala-galanya. Ditakdirkan Tuhan apabila ribuan ekor ikan-ikan pari yang besar dan sihat ini menerjah masuk ke perairan Gaza dan acap kali memberikan hasil tangkapan yang lumayan kepada sebahagian daripada nelayan di sini.

Inilah bumi barakah yang dijanjikan Allah apabila masyarakatnya terus gigih berjuang dan tetap teguh pendiriannya. Malahan pertolongan dan pemberian rezeki dari Allah kepada mereka terus diterima dari hari ke hari daripada sumber-sumber yang tidak disangka-sangkakan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

MK-8 AP ke Gaza, 15hb April 2012.

(Kredit foto kepada Mejar Nadzri)

 

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close