Palestin

Gaza Tetap Tabah

Misi Kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza

Mereka tetap tabah….

Krisis ketandusan bekalan petrol semakin meruncing di Gaza. Catuan bekalan sejak 2007 yang lalu semakin memuncak dari masa ke semasa.

Majoriti nelayan tidak lagi ke laut kerana kekeringan simpanan petrol, ratusan teksi tersadai kerana ketiadaan bekalan, rumah bergelap kerana catuan bekalan elektrik, bekalan air berkurangan kerana mesin pam penyedut air ketiadaan bekalan petrol dan pelbagai kesengsaraan agi yang berlaku di Gaza.

Namun jarang sekali kita melihat mereka mengeluh atau marah-marah tidak tentu pasal. Air muka masih kelihatan ceria walau pun keperitan semakin berpanjangan.

Kegelapan malam akibat catuan elektrik digantikan dengan lilin, teksi yang tersadai digantikan dengan kereta kuda atau pun keldai, air perigi ditimba bagi menggantikan air paip yang kering, penanaman sayur-sayuran diteruskan dengan spesis tanaman yang menggunakan air yang minima dan pelbagai alternatif lain yang diguna-pakai oleh masyarakat yang kreatif ini.

Namun mereka terus tersenyum dan redha dengan keperitan ini. Mereka tetap yakin bahawa keringanan, kesenangan dan kemenangan pasti akan tiba jua apabila sampai masanya.

Inilah didikan kesabaran dan ketabahan kepada kelompok kebenaran yang berjuang lalu mereka diuji secara praktikal.

Zainur Rashid Zainuddin

MK-8 AP ke Gaza, 14 April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button