Palestin

Gaza terus dihimpit….

Misi kemanusiaan ke Gaza

Kezaliman regim penjajah tidak berakhir dengan kepungan darat dan udara. Persisiran pantai juga dikelilingi oleh tentera laut Israel.

Para nelayan hanya dibenarkan memancing dan menjala sejauh 3 km daripada persisiran pantai. Maka hasilnya tentulah sedikit dan ikan-ikan yang ditangkap adalah ikan-ikan kecil seperti sardin.

Beberapa enjin bot nelayan telah ditembak pada 3 hari yang lalu kerana bot yang mereka gunakan telah melepasi kawasan 3 km dari pantai Gaza. Harga sebuah enjin bot ini bernilai USD 6,000.00 kerana terpaksa dibawa melalui terowong-terowong bawah tanah di Rafah daripada Mesir.

Harga ikan melambung tinggi dan tidak dinikmati oleh masyarakat kebanyakan. Hanya di kalangan mereka yang berduit sahaja yang mampu membeli ikan. Apa tidaknya, harga sekilo ikan sardin yang kecil (sebenar ibu jari) setinggi RM 20-25, ikan merah RM 60-70 sekilogram dan udang kebiasaannya hampir RM 100 sekilogram.

Kedaan yang sukar ini semakin meruncing apabila bekalan petrol semakin meruncing sejak sebulan yang lalu.

Dengan pendapatan yang minima dan pengangguran yang tinggi, amat sedikit di kalangan mereka yang dapat memiliki ikan seperti yang kita nikmati di Malaysia.

Namun masyarakat Gaza terus tabah….

Wahai ahli Gaza, bersabarlah kerana kemenangan itu sebenarnya semakin hampir !

Zainur Rashid Zainuddin
MK-8 AP ke Gaza, 14hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button