Palestin

Gaza – Sebuah Universiti Kehidupan….

Misi Kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza

Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk saya selami pengalaman hidup yang sangat berharga daripada sebuah universiti kehidupan yang bernama Gaza.

Walau pun pada awalnya saya hanya menjangkakan kepayahan dan kesukaran hanyalah ketika memasuki Gaza dan mendepani cabaran ketika berada di dalam kepungan tersebut, namun pengalaman perit untuk keluar daripada Gaza juga sangat menginsafkan diri ini yang lazimnya sentiasa diulit dengan kesenangan dan kemudahan yang pelbagai.

Saya terpaksa pulang sehari lebih awal daripada peserta-peserta delegasi yang lain atas urusan yang perlu disempurnakan di Tanah Air. Walau pun saya hanya berkesempatan menyelami situasi terkini di Gaza selama 5 hari dan 4 malam tetapi saya merasakan bahawa pengalaman ini adalah pelajaran kehidupan yang terbaik dan yang paling mahal yang pernah saya lalui di sepanjang hayat saya.

Yang pasti, tugas dan peranan kita terhadap bumi barokah ini masih belum selesai. Ya, masih banyak tugasan dan tanggung-jawab yang masih perlu kita pikul bersama.

Insya allah, saya akan cuba terus menulis dan berkongsikan sedikit pengalaman dan perkembangan terkini Gaza, al Quds dan Palestin serta dunia Islam yang lain di masa hadapan.

Terima kasih atas segala doa dan sokongan semua.

Selamat tinggal Gaza…insya allah, kita akan bertemu kembali…

Zainur Rashid Zainuddin

MK-8 AP ke Gaza, 18hb April 2012

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close