Palestin

Gaza – Penjara Terbesar Di Dunia

Penjara terbesar di dunia

Dengan kepanjangan 40 km dan kelebaran 7 km bagi menempatkan 1.5 juta orang penduduk, Gaza menjadi antara kawasan penempatan yang terpadat di dunia.

Dengan kepungan tembok, sempadan udara dan laut, Gaza terus menjadi penjara yang terbesar di dunia. Bahkan laut biru Gaza terus dikepung dan dihimpit dari masa ke semasa sehingga menghampiri persisiran pantai.

Cukup sudah cengkaman yang dikenakan selama ini kepada sekelompok manusia yang tidak berdosa buat sekian lamanya.

Cukup sudah berita perdana yang disiarkan di persada dunia antarabangsa dan di dunia umat Islam. Namun luka Gaza terus berpanjangan.

Tabahkan diri wahai ahli Gaza. Sesungguhnya saudara-saudara seaqidahmu menginsafi keperitanmu selama ini. Bersabarlah kerana kemenangan itu sudah pasti tiba.

Maafkan atas kelewatan dan kealpaan kami. Doakanlah agar kami turut digolong di kalangan mereka yang berjuang untuk agamaNya seumpama kalian yang berjuang bagi mempertahankan maruah agama ini di Bumi Barokah.

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close