Palestin

Disegani Kawan, Digeruni Lawan.

Tatkala kami, rombongan perubatan dari Malaysia berbincang panjang mengenai kes-kes pembedahan yang bakal kami lakukan di 3 buah hospital di Gaza untuk sepanjang keberadaan kami di Gaza, seorang pakar bedah tulang yang bernama Dr Mohamad Rantisi membisikkan ke telinga saya, “Do you want to meet our Prime Minister?”,

Saya mengangguk dan segera menjawab, Öf course, ya akhi!”. Siapa di kalangan kita yang tidak mahu untuk bersemuka dengan sosok tubuh yang hebat dan terkenal ini. Beliau adalah Ismail Haneyya, pemimpin yang Hamas yang begitu disegani kawan dan digeruni oleh musuhnya terutamanya zionis Israel,

Apa yang cukup luar biasa tentang Ismail Haneyya ketika itu, Perdana Menteri Palestin baru sahaja sampai dengan memandu keretanya bersendirian dan datang tanpa pengawal peribadi untuk menziarahi jenazah seorang pemimpin Fatah yang baharu sahaja meninggal dunia di rumahnya di Gaza.

Sebaik sahaja bersalam dengannya dia bertanya, “When did you arrive in Gaza, doctor?”, jelas menunjukkan dia tahu dengan kedatangan pasukan kami untuk berkhidmat bakti di Gaza dan apa yang berlaku dengan terperinci.

Perbualan kami ringkas tetapi mesra dan padat dengan pelbagai infomasi yang meyakinkan kedatangan pasukan sukarelawan dari Malaysia ini.

Dalam perjalanan pulang ke lokasi penginapan kami di Gaza, kami melalui kawasan perumahan PM Palestin ini. Beliau sendiri tinggal di sebuah rumah kecil (macam rumah teres) di kawasan kem pelarian Palestin yang berdekatan dengan pantai Gaza.

Pemimpin kanan Hamas yang merupakan mantan dekan di Islamic University Gaza ini adalah seorang Perdana Menteri yang paling disegani dalam sejarah Palestin, dan beliau juga begitu digeruni para musuhnya yang sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya.

Anda memang tidak akan menjumpai Perdana Menteri seumpamanya di dunia moden hari ini,

Hebat, berkarisma, amanah, berukhuwah dan terbuka dengan mereka yang seaqidah dan bersikap berani dan tegas apabila berhadapan dengan mereka yang memusuhi perjuangan dan survival umat ini.

Anda akan dapati sukar sekali untuk menjumpai Perdana Menteri yang seumpamanya di mana-mana negara Islam dan negara-negara Arab di abad ini.

Dr Zainur Rashid Zainuddin

28 Mac 2013, Gaza

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close