Palestin

Bertemu Ismail Haniya

Entah kenapa saya rasa begitu tidak nernasib baik kerana tidak berpeluang untuk bertemu dengan Ismail Haniya, Perdana Menteri Palestin di dalam misi-misi ke Gaza yang lalu seperti kebanyakan peserta delegasi dari Malaysia.

Saya anggap itu adalah rezeki daripada Allah jua dan meletakkan harapan untuk bertemu dengannya di lain kesempatan. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk bertemunya kali ini kerana sesi pertemuan dengannya tidak dimasukkan ke dalam jadual aktiviti yang sedia padat pada misi perubatan kali ini.

Ditakdirkan Allah, ketika kami sedang mengadakan mesyuarat di antara pakar-pakar bedah Malaysia dan Palestin, saya diberitahu bahawa Ismail Haniya sedang di dalam perjalanan untuk menziarahi sebuah keluarga Gaza yang kematian ahli keluarganya. (Jzk JA)

Beliau datang bersendirian daripada rumahnya yang terletak di kem pelarian ‘as-Syat’ie” tanpa pengawalnya. Sebaik sahaja sampai ke rumah tersebut, dia terus duduk bersebelahan dengan ahli keluarga tersebut sambil menasihati mereka supaya terus tabah menerima ujian tersebut.

Tanpa membuang masa, saya terus memberanikan diri untuk menghampirinya. Dia terus tersenyum dan bangun bersalaman dengan pertanyaan, “How are you doctor?”. Rupa-rupanya dia tahu bahawa peserta delegasi dari Malaysia sedang berada di Gaza. Saya berbual ringkas dengan rasa penuhormatan kerana beliau adalah tokoh pemimpin Islam yang sangat popular dan disayangi oleh umat Islam di dunia antarabangsa.

Alhamdulillah, semoga berjaya memiliki semangat dan roh perjuangan sebagaimana yang ditunjukkan oleh beliau dan rakan-rakan seangkatan dengannya.

Misi Perubatan AP ke Gaza
28hb Mac 2013
Gaza City

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close