Winning attitude

Saban hari masyarakat disajikan dengan pelbagai kisah kerjaya doktor junior sama ada melalui media perdana mahu pun media sosial.

Memang ada yang benar tetapi secara umumnya saya berpandangan bahawa di sana sini ada rempah pekasam yang ditambah sehingga situasi yang semakin baik (miski pun perlahan) dikatakan sebagai ‘toxic environment’ mahu atau pun pelbagai istilah-istilah yang lain.

Ia banyak berbalik kepada sikap dan cara kita membaca realiti. Sikap sebagai orang yang berjaya adalah terlebih dahulu melihat diri sendiri dan bagaimana menjadikan diri kita sebagai agen yang menyumbang kepada kebaikan di sekeliling kita.

Dua orang pegawai perubatan siswazah ini adalah di antara ramai doktor muda yang mempunyai ‘winning attitude’. Mereka sentiasa bersikap positif dan cuba memberikan yang terbaik untuk diri sendiri, teman sekerjaya, para senior dan juga para pesakit, sebagai tugasan utama seharian.

Mereka awal ke tempat kerja, berusaha yang terbaik, bekerja secara berpasukan, sentiasa melimparkan senyuman dan bersikap positif serta tidak suka menyalahkan orang lain.

Mereka berusaha membuat keputusan yang terbaik meski pun tatkala tertekan. Selebihnya mereka menyerahkannya kepada Pemilik sekelian alam.

Dengan serba sedikit pengalaman bekerjaya, saya yakin anak muda yang mempunyai ‘winning attitude’ sebegini boleh pergi jauh dan terbang tinggi.

Tahniah Dr Amirul Ameerul Aiman dan Dr Faiz Roslan.

Doa saya bersama mereka dan generasi seperjuangan seangkatannya.