Isu SemasaKepimpinan

Raja yang berjiwa rakyat

Sepanjang saya mengenali beberapa YDP Agong melalui melalui pembacaan di media cetak dan media elekytronik semenjak kecil lagi, As Sultan Abdullah kelihatan begitu menjiwai kehidupan rakyat jelata. Di antara pandangan ramai mengenai Baginda adalah :

1- Baginda selalu kelihatan solat berjamaah di mana-mana terutamanya tatkala subuh di masjid yang berdekatan dengan Istana Tuanku.

2- Baginda Tuanku dan Raja Permaisuri begitu mudah didekati oleh rakyat awam dalam banyak program dan aktiviti yang disertai mereka dengan protokal yang serba sederhana.

3- As Sultan Abdullah beberapa kali kelihatan telah memberhentikan keretanya untuk meninjau kesusahan rakyat seperti apabila berlakunya kesesakan atau disebabkan kemalangan jalan raya.

4- Baginda kelihatan biasa mencemar duli dengan makan di premis makanan pilihan rakyat kebanyakan terutamanya di negeri Pahang.

5- Baginda jelas kelihatan cakna dan terlibat dengan perkembangan pengendalian wabak Covid-19 dengan mengambil bahagian secara lebih dekat

6- Baginda sangat prihatin dan telah mengendalikan krisis kepimpinan negara dengan pertukaran PM dan kerajaan Februari-Mac 2020 lalu dengan pernuh cermat dan professional.

Saya menyokong penuh kepimpinan DYMM Tuanku dan mendoakan agar Tuanku berdua sihat walafiat dan terus berada di bawah bimbingan taufiq Allah.

Semoga Malaysia terus aman dan makmur serta diberkati Ilahi di bawah pimpinan Tuanku.

Daulat Tuanku !

Ikuti perkongsian di [Β t.me/zainurrashidΒ ]

Baca lagi :

https://www.sinarharian.com.my/…/Agong-santap-roti-tempayan…

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button