Perginya seorang srikandi muda.

Alaa’ as-Siddiq adalah seorang penyair Emirat dan aktivis hak asasi di dunia Arab yang terkenal.

Alaa’ dilahirkan di Sharjah, UAE dari keluarga berpendidikan dan beragama. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari University of Sharjah (2010) dengan kepujian kelas pertama.

Alaa’ pernah diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Pelajar Nasional Emirates pada tahun 2007-2008.

Beliau memperolehi diploma pascasiswazah di bidang Pendidikan dari Universiti Sharjah sejurus sebelum meninggalkan UAE kerana penindasan terhadap aktivis dan reformis.

Setelah ayahnya, Prof Dr Mohammed al-Siddiq ditahan, Alaa’ berpindah ke Qatar untuk mendapatkan suaka politik selama beberapa tahun. Semasa di Qatar, Alaa melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam Polisi Awam dari Hamad Bin Khalifa University (2016).

Sokongan Qatar kepadanya menyebabkan berlaku perselisihan di antara Qatar dan UAE. Alaa’ mengambil keputusan berpindah ke UK, bekerja dan berjuang di sana sehingga saat kematiannya.

Di London, dia berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif ALQST, sebuah organisasi yang memperjuangkan hak asasi manusia (dan pro-Palestin) di UAE dan dunia Arab.

Beliau meninggal dunia dalam kemalangan pada Sabtu, 19 Jun 2021, apabila kereta yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta lain di persimpangan A361 dan B4437 selatan Shipton-under-Wychwood, di Oxfordshire, sekitar 20 : 30.

Perjuangan al Aqsa dan pembebasan Palestin dekat di hatinya

Kumpulan hak asasi Democracy for the Arab World Now (DAWN) telah mendesak pihak berkuasa UK untuk menyiasat kemungkinan kematiannya disebabkan oleh permainan kotor pihak tertentu.

Prof Dr Mohamad as Siddiq
Ayahnya Prof Mohamad as-Siddiq adalah ahli akademik dan reformis terkemuka, yang telah ditahan sewenang-wenangnya di penjara oleh UAE sejak 2012 lagi, bersama tahanan politik yang lain.

Dilahirkan di Sharjah, al-Siddiq adalah seorang profesor Syariah yang terkemuka, yang sebelumnya pernah mengajar di University UAE dan Universiti Sharjah, dan berkhidmat di dewan beberapa entiti perbankan kewangan dan Islam di negara ini.

Semoga ruh almarhumah Alaa as-Siddiqi ditempatkan bersama para syuhada’ dan as-siddiqin.

Moga-moga Prof As-Siddiq dibebaskan dan Emirates membatalkan ikatannya dengan regim zionis Israel.
[ t.me/zainurrashid ]

Sumber :
https://www.aljazeera.com/…/prominent-emirati-activist…
https://www.portal-islam.id/…/alaa-al-siddiq-aktivis…
https://ismaweb.net/…/pembangkang-politik-uae-maut…/