KepimpinanPolitik Tempatan

Menilai Pemimpin – Bukan Sekadar KPI

Penilaian seorang pemimpin politik bukan sahaja pada pencapaian KPI dan kelulusan permohonan yang sampai kepada rakyat tetapi juga kepada moral dan agenda perjuangannya.

Saya pernah mengendalikan kelahiran seorang remaja yang hamil. Beliau mengakui permah memgadakan hubungan seks yang regular dengan seorang YB.

Seorang YB mengakui soalan seorang hakim bahawa beliau pernah menerima rasuah seks semasa menjadi Exco Kerajaan Negeri P.

Seorang YB mengaku bahawa beliau menerima tajaan bulanan sebanyak 5 angka daripada seorang taikun Cina (ahli perniagaan).

Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Syiah, seorang YB ber’taqiyyah’ bahawa beliau bukan Syiah tetapi ‘pencinta ahlul Bait’.

Ada seorang YB yang mengakui bahawa datuknya adalah komunis dan datuknya adalah pejuang kemerdekaan negara.

Seorang Senator di Dewan Negara mencadangkan agar Malaysia meningkatkan hubungan dengan Israel dan menubuhkan kedutaannya di Israel.

Seorang YB mengatakan bahawa beliau bukan pengganas, cuma menjadikan pemimpin LTTE sebagai ikon perjuangannya.

Seorang YB menjadi buah mulut orang ramai dengan rasuah demi rasuah yang diterimanya tetapi belum pernah disabitkan lagi.

Seorang YB mempunyai kecenderungan seksual songsang, sebagaimana ribuan lelaki lain di Malaysia (Penyumbang tertinggi HIV di Malaysia kini adalah MSM – men who have sex with men).

Beberapa YB melompat parti kerana menerima insentif yang menggiurkan, sama ada dalam bentuk kewangan mahu pun tawaran yang lain.

Sebenarnya ramai YB yang baik dan mulia, tetapi ada juga YB yang mempunyai akhlak yang rosak dan agenda perjuangan yang terpesong.

Saya doakan agar Malaysia akan memiliki lebih ramai YB dan bakal YB yang berwibawa, amanah dan membenci rasuah, bertaqwa, menghormati perlembagaan negara, mendahului rakyat dan negara, bersikap patriotik, tidak chauvinis dan mempunyai agenda anti-nasional.

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close