Kepimpinan

Harapan Kepimpinan Baharu

Bersempena perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke-8

Semoga dianugerahi petunjukNya

Setelah rakyat dan negara terheret dek alunan ombak dan badai politik buat suatu tempoh yang panjang, maka saya sebagai rakyat marhein dan ramai lagi berharap bahawa detik ini adalah permulaan kepada kebangkitan semula dari fasa krisis demi krisis yang panjang dalam politik negara.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah  kepada Tan Sri Muhyuddin Yassin atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Tahniah Tan Sri.

Izinkan saya berkongsikan beberapa harapan rakyat marhein yang lain, di antaranya adalah :

1-Barisan pemimpin yang terpilih adalah di kalangan mereka yang bersih, amanah dan kompeten.

2-Keutamaan kepada keperluan rakyat didahulukan di antaranya kos sara hidup, pembangunan ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

3-Penyediaan pemimpin pelapis harus disiapkan secara terancang dan pembinaan generasi muda harapan negara harus dijadijan keutamaan.

4-Bebaskan badan kehakiman daripada belenggu ahli politik. Kes berprofil tinggi mesti diselesaikan seberapa segera, begitu juga dengan kes yang melibatkan keselamatan negara dan keharmonian kaum.

5-Malaysia seharusnya dikembalikan menjadi negara yang dihormati bukan sahaja di peringkat nusantara bahkan sebagai negara kecil yang menjadi contoh di dunia antarabangsa.

Daulat Tuanku !

Selamat menjalankan tugas TSMY !

Sekian, dari rakyat marhein Malaysia,

Zainur Rashid Zainuddin
2 Mac 2020
Seremban, NS

Ikuti catatan perkongsian di channel Telegram & Facebook

Telegram
t.me/zainurrashid

Facebook
fb.me/ProfDrZainurRashid

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close