Wanita dan Pengorbanan

Kuak Moi Moi merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik. Beliau dilahirkan di Sarawak pada tahun 1954.
Bapanya bernama Kueh Siew Hong, dilahirkan di Chao Zhou, China dan telah berhijrah ke Sarawak pada tahun 1938.

Kuak Moi Moi memilih untuk kembali ke jalan fitrah ketika berusia 20 tahun dan beliau telah memberikan sumbangan yang banyak kepada masyarakat dengan berkhidmat sebagai guru selama 37 tahun.

Pelbagai cabaran yang dihadapinya sebagai mualaf tunggal dalam seisi keluarganya sejak beliau membuat keputusan untuk menjadi seorang Muslim yang beramal dengan ajaran agama Islam. Beliau dengan nama Norliza Abdullah, telah membesarkan 4 anaknya dalam sistem pendidikan SJKC atas objektif yang spesifik.

Hidupnya penuh dengan liku-liku pengorbanan, khususnya sebagai muallaf dan khidmat sukarelanya bagi membantu para muallaf. Tahun ini sahaja beliau telah menjual gelang emas dari lengan kanannya, kemudian dari lengan kirinya dan kemudian rantai emasnya pula bagi menanggung beberapa keluarga asnaf dan muallaf yang hilang pekerjaan.
Biar pun telah lama bersara, beliau ambil keputusan untuk berniaga bagi membantu golongan asnaf ini dengan kos sebanyak RM 6+k sebulan.

Buat anda yang tinggal di Seremban, dijemput untuk kunjungi Gerai 6, Medan Selera Ampangan baki menikmati juadah Sarawak sambil membantu para asnaf ini.

Menu Istimewa sarawak

Gerai ini dibuka setiap hari antara 8 pagi – 2 petang, kecuali hari Selasa.
Selamat berkenalan dengan wanita yang hebat ini….

(Terima kasih R. Cian Lin kerana memperkenalkan saya kepada ibumu yang hebat)