Kemanusiaan

Kemanusiaan merentas sempadan.

ST, 17 tahun, seorang wanita muda orang asli dimasukkan ke hospital awam akibat komplikasi daripada kehamilannya.

Daripada riak wajahnya, jelas kesunggulan akibat terpisah panjang daripada suami dan keluarganya dan beliau menghadapi kesukaran berhubung dengan mereka kerana tidak punyai talipon bimbit.

Suasana di hospital begitu asing berbanding dengan kehidupannya di pinggiran hutan di daerah pedalaman.

ST canggung untuk berbual dengan pesakit lain, beliau juga tidak boleh membaca kerana tidak pernah bersekolah.

Pendapatan suaminya hanyalah sekitar RM 150-200 sebulan daripada upah menoreh getah. Sejak berkahwin, mereka hanya makan nasi dan ‘berlaukkan’ sayuran hijau. Kadang-kadang beliau dapat menjamah ikan yang dipancing atau kancil yang disumpit oleh suaminya.

Setelah sebulan di hospital, beliau melahirkan bayinya seberat kira-kira 2.0 kg sahaja.

Kemanusiaan adalah salah satu tajuk pilihan setiap kali saya bersama mahasiswa, para jururawat dan pegawai perubatan di hospital.

Dalam kes ST, saya mengajak para pelajar ini untuk berbuat sesuatu bagi meringankan bebanan ST yang akan balik ke pedalaman bersama bayinya yang baharu sahaja dilahirkan.

Terkejut ST apabila didatangi sekumpulan pelajar bersama sumbangan kewangan yang menyamai 5 atau 6 bulan bulan pendapatan suaminya sebagai penoreh getah.

Sebelum berpisah kelihatan berlinangan air matanya, terharu agaknya dengan anak-anak muda ini yang prihatin dengan nasib dirinya.

Saya doakan kebaikan yang berpanjangan buat ST, bayinya dan seluruh ahli keluarganya.

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close