Mertabat Muslimah Berhijab
Langkah Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki Recep yang memilih wanita berhijab sebagai jurubahasa dalam pertemuan antarabangsa dengan Presiden AS Joe Biden baru-baru ini telah mendapat pujian oleh ramai pengguna media sosial.
Penterjemah pilihannya adalah Fatima Kaoukji, yang merupakan seorang pakar dalam bidang hubungan antarabangsa.
Fatima adalah anak perempuan Marwa (Merve) Kaoukji, yang merupakan Ahli Parlimen berhijab yang pertama di Turki (1999).

Ini menunjukan betapa rosak dan teruknya sistem sekular Kemalis yang diamalkan oleh Turki sejak zaman Kamal Ataturk lagi.
Presiden Erdogan bertindak tegas dengan mengembalikan kerakyatan Turki kepada Marwa Kaoukji yang tinggal di AS pada 2017.
Bahkan Dr Marwa Kaoukji (PhD Harvard University) telah dilantik sebagai Duta Turki ke Malaysia sehingga ke hari ini.
Aktivis di media sosial melihat Fatima Kaoukji, Muslimah berhijab yang dipilih sebagai penterjemah Erdogan membawa mesej tegas dari Presiden Turki kepada mereka yang membenci hijab.
Mereka memuji Erdogan atas tindakan itu, dengan mengatakan bahawa ini menunjukkan kepada musuh-musuh Islam bahawa mereka harus menghormati kepercayaan orang lain.