Hikikomori, usah kehilangan mereka
Seperkara penting yang sangat merisaukan saya terhadap anak-anak sendiri dan generasi muda kini khususnya adalah pengasingan fizikal dan sosial, terperap berbulan-bulan di dalam bilik yang semakin menjadi budaya.
Semakin hari, kian terserlah fenomena budaya penarikan diri daripada kehidupan bermasyarakat sehingga sebahagiannya berlaku pengasingan yang ekstrim.
Cuba buat lebih banyak pembacaan mengenai ‘Hikikomori’ yang semakin hampir dan membiak di kalangan generasi baharu. Sedikit berbeza tetapi banyak kesamaan.
Insafilah realiti ini dan berbuat sesuatu untuk mencegah dan merawatnya.
Solat berjamaah dan berjumaat, bersukan, bermusafir, bergotong-royong, bermasyarakat, menyuburkan interaksi dengan alam dan interaksi dengan manusia adalah sebahagian daripadanya.
Semoga Allah selamatkan anak-anak saya, anak-anak tuan-tuan dan puan-puan serta pewaris kepimpinan buat generasi yang akan datang
https://unseenjapan.com/japan-hikikomori/
https://www.frontiersin.org/articles/…/fpsyt.2019.00512/full

Jawapan Pak Cik buat adik Shaffiq dan kawan-kawan.
Buat Syaffiq Imran Amir yang dikasihi.
1 – Soalan ini sangat bagus Shaffiq, Pak Cik ucapkan terima kasih kerana Shaffiq sudi berkongsi pandangan.
2- Pak Cik tidak bermaksud bahawa tidak boleh bermain games langsuang, atau tidak boleh pegang gajet atau duduk dalam bilik, boleh tetapi janganlah lama sangat berbuat demikian sehingga berlaku ketagihan (addicted).
3- Gembirakanlah emak ayah yang telah melahir dan bersusah payah membesarkan kita. Bantu mereka membuat kerja-kerja di rumah, ringankan tugasan mereka dan ceriakan mereka.
4- Usah dilupakan tugasan kita sebagai hamba Allah yang lain, solat fardhu terutamanya, sebaiknya hendakh dikerjakan secara berjamaah.
5- Sebagai pelajar, kita kena belajar rajin-rajin sampai berjaya ya. Suatu hari nanti akan sampai giliran Syaffiq untuk membimbing keluarga, memimpin masyarakat dan juga negara.
6- Usah lupa untuk bertegur sapalah dengan Pak Mat atau Kak Kiah, jiran di sebelah rumah.
Kalau ada kenduri atau gotong-royong tu, pergi ‘join’lah sekali. Suatu masa nanti kalau kita perlukan pertolongan mereka, siapa pula yang akan membantu kita.
7- Memanglah main games bukan jenayah, tapi kalau terlalu lama ertinya kita banyak membuang masa. Masa adalah hakikatnya merupakan sebuah kehidupan yang berharga dan perlu diisi dengan sebaiknya.
Di sebelah petang atau hujung minggu nanti, pergilah bermain futsal atau bermain basikal dengan kawan-kawan yang lain.
8- Sampaikan salam Pak Cik kepada emak dan ayah ya. Pak Cik doakan agar adik Syaffiq akan jadi insan yang berjaya dan banyak menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara di masa depan.
Salam persaudaraan dari Pak Cik,
Pak Cik Dr Z
Seremban.