KekeluargaanKemanusiaan

Bukan calang-calang orang…

No 10

Di antara mangsa banjir yang sempat saya kunjungi adalah Mak Cik Zalihah yang tinggal di Kg Pangsenam, Temerloh.

Beliau berseorangan di rumahnya tetapi dikelilingi oleh jiran-jirannya yang prihatin.

Mak Cik Zalihah adalah sosok tubuh wanita hebat yang begitu disayangi oleh jiran tetangganya dan sentiasa mengingati kebajikan jirannya yang semuanya terkesan akibat banjir.

Salah seorang anak yang dididik dan dibesarkan oleh wanita hebat ini adalah sahabat saya, Dr Burhanudin Busu yang merupakan seorang Pakar Bedah Ortopedik yang berkerjaya di London.

Di antara pengalaman daripada tempoh persahabatan kami yang panjang, saya pernah bermusafir untuk menyertai misi kemanusiaan ke Afghanistan bersama Dr Burhan dan isterinya, Dr Zainab Kassim pada 2001 dengan Mercy Malaysia.

Dr Burhan kini merupakan Director, Mercy Malaysia UK.

Saya doakan kebaikan buat wanita hebat ini agar sentiasa dipelihara Allah dan diberikan kebaikan yang berpanjangan.

Peduli, Prihatin.
Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228

Kg Pangsenam, Temerloh.

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button