Isu Semasa

YB Menteri Perlu Jadi Teladan

BANGI, 25 Syaaban 1441H, Ahad – Kabinet yang dibentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan tidak mengulangi kesilapan lama jika berhasrat untuk terus memimpin negara.

Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, beliau yakin rakyat sangat ‘tajam’ memerhati tindak-tanduk menteri khususnya mereka yang bertindak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada YB menteri yang balik ke kampung ratusan kilometer merentasi sempadan negeri semasa PKP dan kongsikan di media sosial. Ada YB menteri yang berkongsi di media sosial menerima jemputan serahan bantuan dan berkongsikan majlis jamuan makan yang bersalahan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP.

“Ada YB mantan menteri yang mengkritik YB menteri secara terbuka di media sosial seolah-olah tiada medium perkongsian seperti grup Whatsapp atau Telegram sesama mereka.

“Jangan ulangi kesilapan-kesilapan yang lalu andai anda bercita-cita untuk berada di posisi kepimpinan dengan lebih lama. Segeralah belajar dan bumikan janji anda,” katanya menerusi akaun Facebook.

Terdahulu tular di laman sosial gambar timbalan menteri hadir ke majlis jamuan makan sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak.

Siasatan awal polis mendapati timbalan menteri terbabit sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri kesihatan.

Beliau diiringi sebahagian Exco Perak termasuk seorang daripadanya pemilik maahad tahfiz berkenaan. Exco yang juga pemilik maahad tahfiz itu kemudian membawa timbalan menteri berkenaan melawat maahad tahfiznya, sebelum satu majlis makan diadakan.

Beliau kemudiannya memuat naik beberapa keping gambar di Facebook miliknya mengenai lawatan itu dan mendapat reaksi yang mendakwa beliau melanggar PKP.

Ingkar PKP: Rakyat ‘tajam’ perhati tindak-tanduk menteri

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button