Isu Semasa

‘The Guardian’ berniat jahat tuduh berlaku rampasan kuasa Diraja

Tindakan yang didalangi kumpulan liberal ini berniat hasut rakyat benci raja

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 10 Rejab 1441H, Khamis – Dakwaan akhbar British, The Guardian kononnya berlaku ‘rampasan kuasa Diraja’ selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang minggu lalu, sehingga UMNO kembali dalam pentadbiran negara, adalah satu tuduhan berniat jahat.

Turut menyifatkannya sebagai kenyataan menghasut, Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, laporan sedemikian kebiasaannya muncul daripada kumpulan yang kalah dalam krisis politik dan mempunyai niat jahat terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

“Ia biasanya didalangi oleh kumpulan liberal yang berniat untuk menghasut rakyat membenci raja.

“Pihak yang kalah – PH inilah yang sebenarnya bertukar-tukar helah setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan majoriti mudah daripada 112 Ahli Parlimen.

“…sehingga sanggup menukar calon Perdana Menteri (PM) kepada Tun Dr Mahathir Mohamad setelah keputusan perlantikan PM kelapan dibuat oleh Agong,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dalam satu artikel bertajuk ‘The Guardian view on a royal coup: a king overturns a historic election’ yang disiarkan akhbar British itu kelmarin, ia berkata, seorang raja telah menggulingkan keputusan pilihan raya demokratik yang menentang pentadbiran lama yang rasuah. Ini salah dan dunia patut menegurnya,” kata editorial akhbar itu.

Katanya lagi, malang sekali apabila UMNO, antara parti yang menyokong blok Muhyiddin dalam gabungan Perikatan Nasional, akan kembali berkuasa kerana ‘rampasan kuasa Diraja’ yang berlaku ekoran megah diri dan perbalahan.

Menyelar dakwaan itu, Prof Zainur Rashid berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertindak dengan penuh bijaksana dalam mengendalikan krisis politik negara.

“Apa yang dilakukan semuanya dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen dan sistem Raja Berperlembagaan. Tiada rampasan kuasa dan tiada salah guna kuasa oleh YDPA,” tegasnya.

Malah, beliau berkata, sebarang ketidakpuasan dengan keputusan yang penuh bijaksana dengan prosedur yang ditetapkan ini boleh dihadapi dengan melakukan dua perkara.

“Pertama lakukan undi tidak percaya di persidangan Parlimen kelak atau pembubaran Parlimen dan adakan Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.

The Guardian berniat jahat tuduh berlaku rampasan kuasa Diraja

Ikuti catatan perkongsian di channel Telegram & Facebook

Telegram
t.me/zainurrashid

Show More

Zainur Rashid Zainuddin

Professor of Obstetrics & Gynaecology School of Medicine International Medical University Seremban, Malaysia Consultant Obstetrician & Gynaecologist Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Back to top button
Close
Close